Kenapa Takaful?
Kenapa Takaful?
Golongan ni walaupun nampak negative akan tetapi aku puji puak-puak ni, dorang punya hati kering tu, padu beb!
Golongan ni selalunya buat gerakan underground atau 'dalam diam'. Takde orang tahu, sampai tahap dorang sendiri pun tak tahu dorang tergolong dalam golongan ni.
Aku bagi contoh ya, brader ni kerja gaji RM7,000 sebulan, ada isteri dan 3 orang anak. Aku approach suruh ambil hibah caruman bulanan RM140 tapi katanya membazir, so aku tak nak kacau lah hidup dia.
Tapi aku selalu tengok dia post pasal barang-barang basikal dia, semua jenis basikal dia ada, dari MTB, roadbike, folding bike, you name it.. baju complete set, upgrade sana sini tapi hibah tu katanya membazir.
Maaf kalau contoh aku kat atas ni buat ramai yang terasa dan panas punggung TAPI ini adalah kenyataan. Tolong jangan biarkan diri anda tergolong dalam golongan no. 6 ni. Sayangilah anak isteri anda.
Kalau anda memang tahap tak sayang anak bini tu, memang 'HARAM' untuk anda ambil hibah, Dan buat para isteri, walaupun suami anda sedemikian, anda guna ja lah nama diorang and ambilkan diorang hibah, sekurang-kurang nya dia meninggal korang takdelah merana sangat.
.
Aku yakin dan percaya 70% daripada kawan-kawan kita, adalah golongan ni, atau mungkin anda juga termasuk dalam golongan ni (Maafkan saya jika ini betul). Aku bersangka baik dengan golongan ni, sebenarnya golongan ni adalah jenis manusia yang sentiasa mengikut trend semasa. Takaful ni tidak 'trendy' so memang dia tak minat.
Orang sebegini hanya akan ambil takaful KALAU misalnya Neelofa yang keluar produk takaful. Ataupun ejen takaful tu adalah pelakon K-Drama atau penyanyi K-Pop. Mungkinlah, aku tak faham juga golongan ni sebenarnya.
Aku kategorikan mereka termasuk dalam golongan yang 'HARAM' untuk ambil takaful. Sebab konsep TAKAFUL ni tiada paksaan, so kalau tak minat, tapi sampai tahap terpaksa ambil, itu HARAM!
Satu aku nak pesan dengan golongan ni, boleh kalau akak tak minat takaful, tapi kalau sakit atau malaikat maut datang, cakap dengan dorang "Saya Tak Minat nak Sakit/Mati"
Okay, golongan yang pertama ni yang agak common, yang semua agent takaful / insurance tak berani nak approach. Golongan ni terdiri dari orang-orang yang memang dah ada sakit kritikal atau kurang upaya. formula nya mudah, selalunya orang sihat ni sombong sangat dengan agent takaful sebab dorang masih ada kelaya0kan tu, tapi ramai yang bila dah sakit, dan tahu bahawa kos perubatan ni rupanya tak boleh bayar guna air liur, dorang cuba juga tanya kepada ejen insurance /takaful just in case ada product yang boleh lepas walaupun dah ada sakit.
Aku personally tiga tahun jadi ejen takaful sepenuh masa, ramai jumpa dengan golongan ni. Siap merayu minta aku 'adjust' kan. Honestly, kalau nak 'ngejas' tu simple je, aku tak perlu declare pun sakit dorang dalam permohonan tu, TAPI kesan dia nanti, bila client tu memang perlu buat 'claim', either medical card atau pun pampasan lain contohnya pampasan sakit kritikal. Memang tak lepas. So aku kategori kan golongan ni sebagai 'HARAM' untuk ambil TAKAFUL.
Unless, golongan ini berminat untuk ambil product 'HIBAH' yang ada Guaranteed Issuance Offer atau dalam bahasa pasarnya DIJAMIN LULUS. ada bebereapa company yang keluar produk macam ni, dan aku sendiri ada beberapa client yang ambil product ni, dah ada darah tinggi la, kencing manis lah, masalah buah pinggang la, tapi Alhamdulillah lulus.
Sebab tu kalau korang belum tergolong dalam golong no.1 ni, yakni masih sihat walafiat, mungkin masanya untuk ambil takaful. Sebenarnya, Kalau lah golongan ni layak, ejen takaful/insurance takdelah nak ganggu hidup korang, diorang ni standby dekat hospital ja, approach dari katil ke katil offer medical card unlimited, confirm golongan ni akan sign up!
Next, golongan ni sangat rare tapi aku pasti, memang ada kat dunia ni. Kemungkinan golongan ni ada bau-bau bacang dengan keluarga Rostchild atau yang seangkatan dengannya.
Ataupun golongan ni datang dari kerabat sultan dan bangsawan. kalau ada golongan yang macam ni baca artikel aku
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun, sudilah kiranya tuanku izinkan patik sambung artikel patik ini"
So, kisahnya, kalau korang ni memang jenis yang banyak duit tahap macam tu, tidak perlu lah ambil takaful. Kalau korang ni setakat kaya, sebab bisnes, main saham, banting tulang korang belum lagi masuk kategori ni ya. ni nak cerita kalau kerja korang makan tidur pun duit tak habis pakai 7 keturunan.
Tapi ramai ja orang yang kaya dan celik kewangan ambil takaful, sebab dorang lebih nampak benefit ni. contoh; dorang ambil medical card bayar setahun RM10K sebab dorang tahu kalau sakit dan perlu pakai RM80K, tak perlu dah keluar duit sendiri.
Nak ada takaful actually bukan mahal, yang mahal tu lifestyle korang.