Tajuk : Model Cuaca
Tajuk : Model Cuaca
1.Guru menunjukkan 'Model Cuaca'.
2.Kanak-kanak dikehendaki menyatakan objek-objek yang terdapat pada 'Model Cuaca' seperti awan, matahari, pokok, bendera dan lain-lain.
3. Guru menerangkan kejadian cuaca cerah iaitu apabila ada matahari.
4. Guru menerangkan kejadian cuaca mendung iaitu awan melindungi cahaya matahari.
5. Guru meminta kanak-kanak untuk menjelaskan bagaimana mengetahui cuaca berangin iaitu apabila melihat bendera berkibar.
6.Kanak-kanak dikehendaki menyatakan ciri-ciri sebelum hujan turun. Contohnya, awan bertukar menjadi gelap atau bunyi guruh.
7.Kanak-kanak dikehendaki mengulang semula kejadian cuaca cerah, mendung, berangin dan hujan.