Kem Hafazan Cuti Sekolah Online MRSM SUBES Siri 2/2024 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk tasmik pada cuti persekolahan yang akan datang. Pelajar-pelajar akan dipantau dan diberi ruang secukupnya untuk tasmik hafazan seterusnya menghasilkan keputusan hafazan yang baik.
Memberikan galakan kepada pelajar kekal fokus dan bersemangat untuk mencapai sukatan Al-Quran yang telah ditetapkan.
Mencapai sasaran huffaz yang ditetapkan oleh pihak BPM pada tahun 2024.
Memantap bacaan Al-Quran dan memperkukuhkan kualiti hafazan pelajar MRSM Sungai Besar.
SASARAN PELAJAR
Penyertaan terbuka kepada 300 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
TEMPAT DAN TARIKH
Atas talian : Aplikasi Telegram
Tarikh : 27 – 30 Mei 2024
GROUP RASMI KEM HAFAZAN
Untuk info dan maklumat program akan dimaklumkan di dalam group ini.
Ibu bapa dan peserta dijemput untuk menyertai group ini.
MAKLUM BALAS PELAWAT