Tuan/Puan yang dimuliakan Allah s.w.t, kami dari Kelas Al-Quran Madrasah Baitul Hasanah sedang menjalankan suatu program Infaq Kelas Mengaji di Batu Gajah dalam misi untuk mengajar pengajian Al-Quran untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan di sekitar kawasan Batu Gajah. Kami membuka peluang untuk tuan/puan untuk sama-sama menyumbang dalam program ini.
” Allah SWT berfirman yang bermaksud “Bandingan (derma)orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya.”
Surah Al-Baqarah, Ayat 261
Impian kami di Mohmengaji adalah memberi dan berkongsi dengan anak-anak yang kurang berkemampuan untuk merasai sumbangan Infaq Kelas Al-Quran Madrasah Baitul Hasanah Batu Gajah. Kami memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada para dermawan untuk sama-sama kita berjuang dan berjihad menerusi Infaq Fisabilillah, tolong menolong atas dasar kebajikan dan takwa.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun :
Maybank 558 293 658 402 (Madrasah Baitul Hasanah)
Rujukan: Infaq Yuran Pelajar