Penubuhan Kelanasiswa Malaysia atau Malaysia University Rovers bermula atas inisiatif beberapa orang tokoh pemimpin pengakap di universiti pada awal tahun 1987 di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang menjadi sebuah Negeri sama seperti 16 Negeri dalam naungan PPM . Kewujudan penubuhan Kelanasiswa Malaysia ini adalah berdasarkan kesedaran bahawa pergerakan pengakap mampu mendisipinkan diri pelajar bukan sahaja di peringkat sekolah rendah, menengah, kolej bahkan juga di peringkat universiti. Di samping itu, latihan yang sistematik dalam pergerakan pengakap dianggap boleh membantu untuk melahirkan bakal pemimpin negara dalam kalangan siswa siswi universiti kearah kemenjadian sebagai warganegara aktif dan positif mengikut peredaran zaman dan juga sebagai wadah penggerak utama pembangunan insan.