Kelab Tarian merupakan kelab yang bernaung di bawah Pusat Budaya dan Seni. Kelab ini telah ditubuhkan sejak pada tahun 1998 oleh Pusat Budaya dan Seni. Sebelum ini kelab tarian dikenali dengan pelbagai julukan nama antaranya Bidasari. Pada awalnya kelab ini hanya bermotifkan dalam mengasah bakat dan medium untuk pelajar menari tarian Melayu yang ada di negeri Kedah ini. Setelah perkembangan dan kemajuan yang dialami oleh Kelab Tarian ini dan dipantau serta diring, kelab tarian ini mula berkembang dengan membawa elemen-elemen tarian yang ada di seluruh pelusuk Malaysia.