Kami dengan penuh rasa hormat dan bangga mempersembahkan Kayuhan Amal 3.0 2025 Jelajah SPT, sebuah acara istimewa yang menggabungkan semangat sukan, kebajikan, dan komuniti. Lebih istimewa, acara ini akan diserikan dengan kehadiran Eksklusif Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Kayuhan ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat sambil menyokong usaha amal bagi membantu golongan memerlukan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT). Ayuh bersama-sama kami menjayakan misi ini dan mencipta kenangan bermakna di sepanjang perjalanan Jelajah SPT!
Jom Kayuh, Jom Beramal!