Nama saintifik: Averrhoea carambola
Pokok Belimbing dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina. Pokok belimbing boleh menjangkau pada ketinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunas-tunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk pramid dan membulat apabila pokok membesar. Daun belimbing kecil membujur (oval). Di permukaan atas daun licin dan berwarna kekuningan manakala permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2.4 cm lebar dan 2.9 cm panjang. Bunga belimbing bersaiz kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang, dahan dan pucuk. Buah belimbing berbentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Buah berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning atau orange apabila masak. Isinya lembut, berair, ranggup dan manis dan sedikit kelat rasanya. Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan [1].
Rujukan:
[1] https://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59:belimbing&catid=23&Itemid=54&lang=ms