Pengenalan Perniagaan
Dmaya Ez Enterprise (002058153-P) mula ditubuhkan pada 26 Julai 2011. Pada permulaannya, entiti perniagaan tersebut milikan perkongsian (suami & isteri) dan pada 16 Oktober 2020 ia menjadi milikan tunggal sepenuhnya selepas rakan kongsinya (suami) menarik diri dalam perniagaan tersebut.
Perniagaan ini menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan pelbagai jenis fesyen yangmana ia ditentukan sendiri oleh pelanggan. Diawal penubuhan, perniagaan ini bermula di rumah dan pelanggannya hanya rakan, jiran dan saudara mara sahaja. Selepas hampir 9 Tahun, pemiliknya mula mengorak langkah seterusnya bagi mengembangkan lagi perniagaan ini dengan menyewa sebuah kedai di alamat :
No. 183 Jalan Bandar Puteri Jaya 1/2
Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Atau boleh terus hubungi nombor ini /whatsapp www.wasap.my/60194005892 untuk sebarang pertanyaan