Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
SAMBUTAN MINGGU SIHAT Hepili PERINGKAT DAERAH PEKAN 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN:
1.Konsep penyertaan dan penglibatan SECARA TERBUKA kepada semua ahli Kelab Doktor Muda
sekolah rendah, pendidikan khas (rendah) dan sekolah menengah (SECARA DALAM TALIAN)
2.Penglibatan dan penyertaan adalah secara individu.
3.Soalan untuk Kuiz Kesihatan ini akan diuruskan bersama pegawai kesihatan dan pegawai teknikal
Kelab Doktor Muda Daerah Pekan.
4.Tarikh pelaksanaan Kuiz Kesihatan : 4 OGOS 2021(2.00 petang hingga 8.00 malam )
5.Peringkat penglibatan pertandingan : Daerah
6.Sijil digital disediakan oleh Urusetia Pertandingan
7.Edaran surat makluman dan pautan pertandingan akan dihantar ke semua sekolah.
BORANG PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN BUKU SKRAP ELETRONIK MENU SIHAT
Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan mengikut kategori dan perlu dihantar pada atau sebelum 25 Ogos 2021.
Semua peserta dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Powerpoint bagi buku skrap elektronik
Tema : Peserta perlu memilih satu hidangan menu yang sesuai untuk hidangan sarapan pagi, makan tengahari atau minum petang.
Isi kandungan buku skrap mestilah tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama
Bilangan Muka Surat :
-Pendidikan Khas Rendah (minimum 5 dan maksimum 10)
-Sekolah Rendah (minimum 5 dan maksimum 13)
-Sekolah menengah (minimum 6 dan maksimum 15)
Buku Skrap perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:
-Nama peserta,nama sekolah, gambar peserta
-Isi Kandungan buku skrap
-Senarai bahan dan alatan yang digunakan
-Gambar dan keterangan langkah-langkah penyediaan menu sihat
-Bukti bergambar peserta melaksanakan tugasan
-Sumber rujukan.
6. Semua hasil kerja dan bahan buku skrap elektronik menu sihat akan menjadi hak milik pihak penganjur.Peserta perlu mematuhi syarat-syarat pertandingan dan bersetuju bahawa pihak penganjur berhak untuk mengeluarkan dan menerbitkan semula bahan yang dihasilkan bersama kredit nama peserta tanpa sebarang tuntutan.
BORANG PERTANDINGAN BUKU SKRAP ELEKTRONIK