Bonda Habsah @ Kak Sah
Assalamualaikum wrh. wbt. dan salam sejahtera,
KS BONDA HOMESTAY adalah berasal dari nama bonda kami (HABSAH) yang dikenali oleh jiran & rakan taulan dengan panggilan “Kak Sah”. Homestay ini baru dibina bermula tahun 2015 dan alhamdulillah kita telah siap sepenuhnya pada Mei 2016. InshaAllah kami menawarkan pakej yang berpatutan dengan lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan semua kemudahan dan akses ke lokasi yang menarik. Homestay ini berada di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam berhampiran pusat bandar Kota Bharu.
Homestay ini adalah rumah bunglow 2 tingkat dan di setiap tingkat mempunyai 3 bilik tidur, 3 bilik air, 1 ruang tamu, 1 beranda dan 1 dapur. Homestay ini di sewa berasingan dimana setiap tingkat mempunyai akses masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
No.HP : 019 9890696 (Afifah)
No.HP : 017 9864354 (Suhaila)
No.HP : 019 260 0141 (Zusyarafain)