Gambar-gambar lukisan satira oleh William Hogarth telah diiktiraf sebagai pelopor kartun politik.[7] Lukisan-lukisan beliau menggabungkan kritikan sosial dengan babak-babak lukisan yang berturutan. Antara sasaran utama satira beliau adalah amalan rasuah dalam siasah British awal abad ke-18. Antara karya satiranya yang terawal ialah Emblematical Print on the South Sea Scheme (c.1721), mengenai bencana keruntuhan pasaran saham pada tahun 1720 yang dikenali sebagai South Sea Bubble, apabila ramai orang Inggeris kerugian sejumlah dana yang besar.[8]

Kartun politik mula berkembang di lewat abad ke-18, terutamanya sekitar waktu Revolusi Perancis, di bawah arahan karyawan-karyawan utamannya iaitu James Gillray dan Thomas Rowlandson. Gillray menyelami penggunaan kartun politik untuk tujuan menyindir serta membuat karikatur. Kebanyakan satiranya ditujukan terhadap George III yang mana baginda digambarkan sebagai seorang pelawak yang berlagak, tetapi kebanyakan karyanya ditujukan untuk mempersenda cita-cita Perancis Revolusi dan Napoleon. Zaman kehidupan Gillray amat sesuai untuk pertumbuhan gerakan karikatur yang hebat. Peperangan antara parti berkobar-kobar tanpa sedikit pun rasa marah; malah tokoh-tokoh bebas diajuk-ajuk di kedua-dua belah pihak. Sentuhan licik dan lucu, pengetahuan hidup, dan kecantikan seni Gillray yang bitara itu segera menjadikan beliau sebagai yang terulung antara para seniman karikatur.[11]


Kartun


Download Zip 🔥 https://urlgoal.com/2y3KX9 🔥



George Cruikshank menjadi kartunis peneraju pada zaman selepas Gilray (1820s-40s). Permulaan kerjayanya terkenal dengan karikatur sosial tentang kehidupan Inggeris untuk terbitan-terbitan tersohor. Beliau menjadi digeruni dengan karya-karya siasahnya yang menyelar kerabat diraja dan para ahli politik terkemuka, malah pernah 1820 supaya "tidak mengkarikaturkan Baginda" (George IV dari United Kingdom) "dalam sebarang situasi yang tidak bermoral". Antara karnya adalah satu personifikasi bagi negara Inggeris yang bergelar John Bull yang dicipta pada sekitar tahun 1790 sejajar dengan para pelukis satira British yang lain seperti James Gillray dan Thomas Rowlandson.[13]

Kartunis yang paling masyhur dan terkenal pada 1850-an dan 60-an ialah John Tenniel, iaitu ketua pelukis kartun Punch yang menyempurnakan seni karikatur dan representasi fizikal ke suatu tahap yang begitu sedikit berubah hingga ke hari ini. Dalam lima dekad berikutnya, beliau merupakan saksi sosial yang tajam mata kepada perubahan besar di negara yang berlaku ketika ini di samping teman seperjuangannya, John Leech. Majalah itu menambat hati orang awam tanpa henti; pada tahun 1857, ekoran Pemberontakan India dan kemarahan awam yang menyusul, Punch menyiarkan gambar-gambar lukisan bersifat dendam seperti "Justice" (Keadilan) dan "The British Lion's Vengeance on the Bengal Tiger" (Dendam Sang Singa British ke atas Harimau Benggala) oleh Tenniel.

Menjelang pertengahan abad ke-19, kartun politik disiarkan di kebanyakan akhbar politik di pelbagai negara untuk mengungkapkan pandangan penerbit tentang politik semasa. Antara yang paling terbilang ialah Thomas Nast di Bandaraya New York yang mengimport teknik-teknik lukisan Jerman yang serba realistik ke dalam isu-isu politik utama pada zaman Perang Saudara dan Pembinaan Semula. Nast paling terkenal dengan 160 jilid kartun editorial yang menyelar ciri-ciri kejenteraan politik Boss Tweed yang berunsur jenayah di New York City. Sebenarnya, Tweed pernah diberkas di Sepanyol apabila seorang pegawai kastam di negara itu mengecamnya dari kartun-kartun Nast.[15]

Antara kartun-kartun editorial terkemuka sepanjang zaman ialah "Join, or Die" ("Sertai atau Mati", Franklin 1754) yang menuntut perpaduan di tanah-tanah jajahan Amerika; "Der Denker-Club" ("Kelab Ahli Fikir", 1819) yang menyelar tindakan mengawasi dan menapis universiti-universiti di Jerman di bawah Dekri-Dekri Carlsbad; dan "The Goose-Step" (E. H. Shepard, 1936) tentang persenjataan semula Jerman di bawah pimpinan Hitler. "The Goose-Step" adalah antara kartun-kartun terkemuka yang mula-mula disiarkan dalam majalah Punch di UK.

Kartun politik biasanya terdapat di halaman editorial suratkhabar, tetapi sesetengahnya (cth. Doonesbury oleh Garry Trudeau) juga disiarkan di halaman jaluran komik. Kebanyakan kartunis menggunakan metafora tampak dan karikatur untuk menangani situasi politik yang rumit, dan oleh itu merumuskan peristiwa semasa dalam bentuk gambar yang lucu atau membangkitkan emosi.[16]

Sejarah kartun editorial di Malaysia bermula pada zaman penjajahan menerusi keluaran akhbar Warta Ahad sebagai edisi mingguan Warta Malaya pada tahun 1936, disusuli dengan tabloid Warta Jenaka pada tahun yang sama. Ini disusuli dengan Utusan Zaman yang menampilkan kartun-kartun editorial karya Ali Sanat yang berketengahkan seorang watak bernama Wak Ketok. Kartun Wak Ketok ini dikatakan sebagai perintis kepada bidang perusahaan kartun dan komik di Malaysia.[17]

Selepas negara merdeka, semakin ramai kartunis editorial yang menempah nama di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan yang terkemuka. Antara mereka ialah Datuk Lat yang melukis untuk akhbar Berita Harian dan New Straits Times, dan Zunar yang melukis untuk Malaysiakini. 2351a5e196

running music

free bitcoin cash app download

bdvenlinea

ugc net paper 1 books pdf free download in english

ethiopian old music 1990 mp3 download audio