MAKLUMAT AM
MAKLUMAT AM
Logo berbentuk seorang pelajar berlari sambil membawa obor menyala bermaksud kegigihan seorang pelajar mengejar kejayaan.
Obor - Obor yang menyala menunjukkan semangat kesukanan yang membara dalam menjayakan Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Garisan -Garisan menunjukkan kepantasan pelajar-pelajar bersukan dan kepantasan pelajar menggunakan peluang untuk mendalami ilmu pengetahuan bagi meraih kejayaan yang cemerlang.
Warna-warna yang digunakan adalah berdasarkan warna rasmi bendera Malaysia sejajar dengan matlamat Bahagian Matrikulasi iaitu sebagai penjana terunggul pelajar Bumiputera yang berkualiti dalam bidang profesional ke Institusi Pengajian Tinggi di mana mereka bakal mengharumkan nama negara pada masa hadapan.
Berhimpun pelajar Matrikulasi
Karnival kokurikulum dirayakan
Ceria suasana penuh kegemilangan
Matrikulasi KPM seluruh Negara
Setiap kali kita bertemu
KAKOM mengerat persaudaraan
Pelbagai acara dilalui
Menjalin semangat pertandingan
Kalah menang bukan ukuran
Sanggup berjuang lebih utama
Bakat baru dan yang ada
Cekal menempuh cabaran
Karnival Kokurikulum Matrikulasi
Menyemai nilai– nilai murni
Menyemarak, melahirkan kepimpinan
Cekap , kreatif sentiasa
(Ulang 3 & 4)
Matrikulasi punya wawasan
Penjana Bumiputera pengajian tinggi
Membina insan berakhlak mulia
Harapan bangsa mencapai cita
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kolej Mara Kulim
Kolej Mara Kuala Nerang