Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian. Sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi oleh institusi anda khususnya dan memajukan lagi sistem pendidikan negara amnya, kami sangat memerlukan sokongan, pandangan dan maklum balas yang berharga dari anda. Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk membantu institusi anda merancang program yang lebih baik di masa akan datang. Oleh itu, semua graduan diwajibkan mengisi borang soal selidik ini. Sila isi setepat yang mungkin dan kembalikan sebelum tarikh konvokesyen. Sokongan anda sangat dihargai.
Sistem akan dibuka mulai 28 Julai 2025
Congratulations on successfully completing your studies. As part of our continuous effort to improve the higher education system, the Ministry of Higher Education values your opinion and feedback for future planning and improving various aspects of our higher education system. It is COMPULSORY for every graduate to complete this questionnaire before your convocation. We want to ask for your cooperation in providing your honest feedback. We appreciate it, and thank you for your support.
The system will be opened starting 28 July 2025
TAKRIFAN
Sebarang pekerjaan yang mendapat upah, keuntungan atau keuntungan keluarga sama ada bekerja sebagai:
Pekerja kerajaan/pekerja swasta (termasuk NGO) / Majikan (menjadi majikan yang menggaji pekerja) / Bekerja sendiri / Freelance / Pekerja keluarga tanpa gaji/upah (Membantu keluarga di rumah)
Anda dikira sebagai BEKERJA (sepenuh masa/separuh masa) seiranya anda merupakan Pekerja Ekonomi GIG, antaranya;
GrabFood / Food panda / Bungkusuit / Personal Shopper / Agen dropship / Tukang jahit / Penternak / Freelancer / Foodtruck / Bantu perniagaan keluarga dll
Melanjutkan pengajian adalah termasuk:
Sambung belajar / mengikuti sebarang program bagi meningkatkan kemahiran diri / mengikuti kursus jangka pendek
Tidak bekerja dan tidak mendapat upah:
ARAHAN:
LENGKAPKAN KAJIAN MENGIKUT STATUS PEKERJAAN ANDA DAN CETAK SLIP UNTUK URUSAN PENGAMBILAN JUBAH/KONVOKESYEN.
VIDEO ADALAH TATACARA UNTUK MENGISI SKPG 2025. SEMUA GRADUAN DIMINTA UNTUK MEMILIH STATUS BEKERJA.
(Graduan yang bekerja sekurang-kurangnya SATU (1) jam masa minggu menjawab kajian untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga sama ada sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri/freelance atau pekerja keluarga tanpa gaji termasuk jika membantu urusan keluarga tanpa mendapat upah dan tinggal bersama keluarga.)
LANGKAH 1 : Layari https://graduan.mohe.gov.my/SKPG25/LogMasuk.aspx
LANGKAH 2 : Lengkapkan maklumat pada paparan utama. Maklumat Nama Institusi adalah POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Klik "Hantar".
LANGKAH 3 : Lengkapkan maklumat dalam kaji selidik Bahagian A (No 1 -9).
Pilih status "Bekerja" pada BAHAGIAN B : STATUS PEKERJAAN TERKINI. Klik "Seterusnya".(Sila pastikan pilihan adalah MUKTAMAD pada BAHAGIAN B kerana anda TIDAK DIBENARKAN kembali ke bahagian ini.)
Pilih status "Bekerja" pada MAKLUMAT PEKERJAAN.
Peringatan : Bagi soalan 6. Adakah anda bekerja dalam bidang yang sama dipelajari semasa di institusi? Sila pilih 'Ya'.
LANGKAH 4 : Tamat kaji selidik. Cetak slip untuk urusan pengambilan jubah semasa konvokesyen.
(Sambung belajar / mengikuti sebarang program bagi meningkatkan kemahiran diri / mengikuti kursus jangka pendek)
LANGKAH 1 : Layari https://graduan.mohe.gov.my/SKPG25/LogMasuk.aspx
LANGKAH 2 : Lengkapkan maklumat pada paparan utama. Maklumat Nama Institusi adalah POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Klik "Hantar".
LANGKAH 3 : Lengkapkan maklumat dalam kaji selidik.
Pilih status "Belum/Tidak Bekerja" pada BAHAGIAN B : STATUS PEKERJAAN TERKINI. Klik "Seterusnya".(Sila pastikan pilihan adalah MUKTAMAD pada BAHAGIAN B kerana anda TIDAK DIBENARKAN kembali ke bahagian ini.)
Pilih "Melanjutkan pengajian" / "Sedang mengikuti kursus peningkatan kemahiran" pada item "Sebab UTAMA belum/tidak bekerja". Klik "Seterusnya" untuk melengkapkan maklumat dalam kaji selidik.
LANGKAH 4 : Tamat kaji selidik. Cetak slip untuk urusan pengambilan jubah semasa konvokesyen.
LANGKAH 1 : Layari Graduan Belum/Tidak Bekerja
LANGKAH 2 : Lengkapkan maklumat pada paparan Bahagian A. Klik "Next" untuk melengkapkan maklumat dalam kaji selidik.
LANGKAH 3 : Tamat kaji selidik. Cetak slip yang dihantar ke alamat email yang didaftarkan dalam borang kaji selidik.
Makluman awal : Sebelum urusan pengambilan jubah, graduan perlu berjumpa dengan pegawai SKPG/penyelaras SKPG bertugas untuk mengemaskini serta pengesahan status pekerjaan.
Sekiranya graduan menghadapi sebarang kesulitan untuk meneruskan soal selidik ini, mohon maklumkan kepada pihak kami menerusi emel skpgaduan@mohe.gov.my dengan menyertakan maklumat berikut:
1. No.kp
2. No.matrik
3. Nama Penuh
4. Nama ILKA
5. Browser yang digunakan (eg. Mozilla firefox, Internet Explorer, Google Chrome, dsb)
6. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama screenshot paparan penuh masalah yang dihadapi)
atau;
Isikan maklumat di : https://graduan.mohe.gov.my/update/Contact.aspx
Layari https://graduan.mohe.gov.my/SKPG25/Skpg-faq.aspx untuk SOALAN LAZIM berkaitan SKPG.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai SKPG PSIS;
Nama pegawai : DR. NORLIZA BINTI ABDULLAH
No. telefon : 03-32806389
e-mel : skpgpsis2020@gmail.com
Layari laman sesawang rasmi di https://great.mohe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.