Nikmati kesegaran cendol tradisional yang dibuat dengan gabungan ais kisar halus, santan lemak, gula melaka pekat dan cendol hijau yang kenyal.
Setiap suapan memberikan rasa manis,lemak dan sejuk yang sangat menyegarkan memang sesuai untuk hilangkan dahaga terutama ketika cuaca panas.
"Sejuk,lemak dan puas minum!
Ais batu campur yang lengkap dengan pelbagai topping menarik seperti kacang tanah,jagung manis,cincau, sirap, susu pekat manis dan ais kisar halus. Lebih istimewa dengan tambahan topping pilihan yang menjadikan setiap suapan penuh rasa dan menyegarkan.
"Penuh topping, penuh kepuasan"
Gabungan ais kepal sejuk dengan serbuk milo yang tebal dan pekat, menghasilkan rasa milo yang kaw dan memuaskan.
Manis, sejuk dan sangat digemari oleh kanak-kanak hingga orang dewasa.
"Sejuk, coklat yang padu, memang layan!"
Kafe Cendol Sinar merupakan sebuah gerai makanan yang menawarkan hidangan segar dan santai kepada pelanggan. Menu utama kami ialah cendol yang sejuk dan menyegarkan, serta roti john yang panas dan mengenyangkan. Sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.
Di Kafe Cendol Sinar, kami sentiasa mengutamakan kualiti rasa, kebersihan dan kepuasan pelangan. Setiap hidangan disediakan dengan bahan yang segar bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman makan yang terbaik.
Selain menjadi pilihan untuk minum petang, Kafe Cendol Sinar juga berhasrat untuk menjadi tempat yang membawa senyuman dan keceriaan kepada setiap pelanggan yang singgah ke kedai kami.
(Testimoni 1) -Puan Zarifah NA
(Testimoni 2)-Puan Dewi Hati
(Testimoni 3) - Tuan Alfiznan Satiman