Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat pengetahuan yang lebih dalam berkaitan tajuk-tajuk yang berada di dalam silibus pembelajaran Tahun 1
1) Konsep kehambaan dalam Islam
2) Konsep kebersihan dalam Islam
3) Taharah (bersuci)
UNIT 1 : PENGERTIAN KEHAMBAAN DALAM BERIBADAH (عبوديه)
Semua makhluk yang di cipta di muka bumi ini adalah ciptaan Allah.
Makhluk yang dimaksudkan adalah Manusia, tumbuhan , haiwan dll.
Semua makhluk di muka bumi adalah hamba kepada Allah SWT
Dalil yang menunjukkan Allah SWT menjadikan manusia.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Maksudnya : " Allah SWT menjadikan manusia" (Surah Ar Rahman, 3)
Manusia Hamba Allah SWT
~ melakukan suruhan Allah
~ meninggalkan segala larangan Allah
Taat kepada Allah dalam melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan adalah IBADAH kepada Allah
UNIT 2 : DALIL NAQLI TENTANG KEHAMBAAN KEPADA ALLAH
Tugas utama manuasia adalah :
maksudnya : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Surah Az-zariyat,56)
Contoh IBADAH adalah
~ Membaca AlQuran
~ Solat
~ Tunakan Zakat
~ Belajar dan Lain- lain
Contoh LARANGAN Allah adalah
~ Mencuri
~ Membuang sampah merata
UNIT 3 : PERANAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT
IBADAH bemaksud patuh dan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan patuh untuk meninggalkan segala larangan Allah , pada setiap masa dan ketika
PERANAN manusia adalah :-
~ Sentiasa beribadah kepada Allah
~ Tidak mensyirikkan Allah
~ Berbuat baik sesama manusia
~ Menjaga alam Sekitar
~ Memelihara haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Semua amalan baik adalah IBADAH
PEMBAHAGIAN IBADAH
Ibadah terbahagi kepada 2 bahagian
Ibadah UMUM
Ibadah KHUSUS
~ Ibadah UMUM adalah melakukan amalan atau perkara baik yang di sukai atau di redhai oleh Allah
Contoh :-
Makan
Minum
Membaca buku
Menolong orang
Berjual beli dll
~ Ibadah KHUSUS adalah Ibadah yang di syariatkan oleh Allah untuk di amalkan oleh manusia
Contoh :-
Solat
Puasa
Membayar Zakat
Menunaikan Haji
UNIT 1 : Pengertian dan bersuci dalam islam
Semua ibadah khusus dalam islam di dahului dengan bersuci atau taharah.
Kebersihan Jasmani dan rohani
Erti Bersih adalah tidak kotor, bersih dari segala kotoran jasmani dan rohani
Manusia yang sentiasa menjaga kebersihan akan mendapat pahala dari Allah SWT
Kotoran terbahagi kepada 2 iaitu:
Kotoran Jasmani ialah kotoran yang boleh dilihat. Contoh : Tahi ayam, muntah, darah dan lain-lain
Kotoran Rohani ialah kotoran yang kita tidak boleh lihat dan pegang. Contoh: Sifat sombong, hasad dengki dan lain-lain
Pengertian KEBERSIHAN ialah membersihkan diri, pakaian dan tempat tinggal dari segala kekotoran
Pengertian BERSUCI ialah membersihkan diri, pakaian dan tempat tinggal dari segala kekotoran sehingga semua ibadah sah dan di terima oleh Allah SWT
UNIT 2 : Cara menjaga kebersihan
Kebersihan Jasmani seperti :
1) Membasuh kasut
2) Menyapu lantai
3) Memberus gigi
4) Mandi
Kebersihan Rohani seperti:
1) Membaca Al- Quran
2) Puasa
3) Solat
4) Bersedekah
Tujuan Bersuci dalam Islam :
1) Sihat tubuh badan
2) Amalan sah dan diterima Allah SWT
3) Di jauhi oleh syaitan
4) Di sukai oleh kawan – kawan