LOGO KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Berikut merupakan butiran berkenaan logo Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia :
i. Bulan Bintang
Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-niali murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
ii. Dua Rumpun Padi
Kerjasama antara Kadet Bomba dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
iii. Helmet
Memberi perlindungan dan keselamatan kepada ahlis
iv. Kapak
Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan ilmu akademik dengan kebombaan . Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselematan nyawa dan harta benda
v. Warna
Kuning Emas – Taat setia kepada Raja dan Negara
Sumber : Buku Panduan Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
BENDERA KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
KETERANGAN :
UKURAN / SAIZ BENDERA
6 x 3 kaki lebar
UKURAN / SAIZ LOGO
2 kaki x 2.8 kaki
Berwarna kuning emas
LIRIK LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
KADET BOMBA BERSATU
Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap Bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet Bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutkan
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia Jaya 2X
VISI
Ke arah sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia.
MISI
Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhimatan kebombaan dan penyelamat secara professional dan unggul untuk melindungi nyawa, serta memberikan perkhimatan perokemanusiaan dalam semua keadaan bencana.
KONSEP
Pasukan Kadet Bomba merupakan sekumpulan pelajar yang berusia 12 tahun ke atas yang mengikuti Program Latihan Asas Kebombaan daripada jurulatih bomba yang bertauliah dan kegiatan lain yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara
OBJEKTIF
Untuk memberi khidmat mencegah dan memadam kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta member khimat kemanusiaan dengan cekap dan berkesan.
BENDERA RASMI Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.
Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
SENARAI NAMA DAN ALAMAT BALAI (PULAU PINANG)
SEJARAH BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.
Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.
Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.
Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.