LOGO KADET BOMBA
BULAN BINTANG
Melambangkan nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba dan Penyelamat
DUA RUMPUN PADI
Kerjasama antara Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
HELMET
Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli
KAPAK
Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan antara ilmu akademik dan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda
WARNA
Kuning emas - Taat setia kepada Raja dan Negara
BENDERA KADET BOMBA
Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia terbentuk daripada segi empat tepat berwarna merah (warna merah bendera bomba) tertera logo Kadet Bomba di tengah-tengah segi empat
Warna merah melambangkan keberanian dan semangat jati diri yang tinggi di kalangan ahli Kadet Bomba
Logo berwarna kuning emas melambangkan taat setia kepada Raja dan Negara serta mempunyai pasukan Kadet Bomba yang mempunyai kualiti yang terbaik