Kabinet Murah Bumiputera
(ART CREATIVE SDN BHD)
(ART CREATIVE SDN BHD)
ABOUT US
Perniagaan ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2005 dengan nama pendaftaran Art Woods Design. Dengan hasil perabot yang berkualiti tinggi dan tawaran harga yang berpatutan kami berjaya menarik ramai pelanggan. Pada pertengahan tahun 2008, kami telah membuat keputusan untuk menukar nama perniagaan kepada ART CREATIVE supaya sasaran perkhidmatan tidak terhad kepada pembuatan perabot semata-mata.
Bermula dari pembuatan perabot pasang siap dari rumah ke rumah, kini Art Creative telah mula mendapat kepercayaan daripada kontraktor-kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja perabot yang lebih besar. Sebagai contoh, membuat perabot dan kabinet di Kediaman ‘Banglow’, pejabat dan kedai.
Ternyata setelah lebih 10 tahun menceburi bidang ini, Art Creative menjadi lebih matang dan berdaya saing. Kami telah meluaskan skop pemasaran kami menggunakan pemasaran online iaitu dengan pemasaran melalui ‘Facebook page’ dan Instagram. Ternyata cara pemasaran ini dapat meningkatkan lagi pendapatan perniagaan. Pada bulan September 2018 kami menaiktaraf perniagaan kepada syarikat Sdn Bhd dan memberi nama Syarikat ART CREATIVE SDN BHD.
VISI
Berkembang menjadi sebuah syarikat yang berjaya di peringkat yang lebih tinggi dalam pembuatan perabot dan mampu bersaing di pasaran yang semakin mencabar.
MISI
Menghasilkan produk yang bermutu tinggi dengan perkhidmatan yang dipercayai.
Memberikan khidmat yang cemerlang dan ‘kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami’.
Mewujudkan sikap positif dalam tenaga kerja dengan menggalakkan semangat berpasukan dalam kalangan anak muda Melayu.