K-Shoppe adalah sebuah pusat jualan yang beroperasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , menawarkan pelbagai pilihan makanan dan produk berkualiti untuk pelajar, staf, dan komuniti sekitar. Kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap serta pengalaman pembelian yang mudah dan selesa kepada pelanggan kami.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem keusahawanan UPSI, K-Shoppe bukan sekadar sebuah kedai tetapi juga sebuah platform yang menyokong inovasi dalam perniagaan dan membangunkan semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
Menjadi salah satu platform keusahawanan di bawah fakulti teknikal dan vokasional di UPSI yang menawarkan pengalaman perniagaan sebenar sambil menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman berkualiti kepada komuniti kampus.
Melahirkan usahawan pelajar yang berdaya saing melalui platform perniagaan sebenar yang inovatif dan beretika.
Menjalankan operasi perniagaan yang cekap dan berdaya saing bagi menjana pendapatan bagi Fakulti Teknikal dan Vokasional sambil menyediakan platform latihan keusahawanan sebenar kepada pelajar.
Menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman berkualiti kepada komuniti kampus, sambil menjadi platform latihan keusahawanan dan sumber pendapatan yang mampan.
Menggabungkan latihan keusahawanan, khidmat pelanggan cemerlang dan pengurusan strategik untuk menjana pendapatan serta membangunkan pelajar sebagai usahawan masa depan.
Menjana sumber pendapatan tambahan kepada Fakulti Teknikal Dan Vokasional melalui operasi perniagaan makanan dan minuman yang mampan dan berdaya saing.
Memberi peluang latihan keusahawanan secara praktikal kepada pelajar dalam pengurusan perniagaan sebenar.
Menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman yang berkualiti dengan harga berpatutan kepada pelajar.