Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan minimum 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Walau bagaimanapun, 60-87% lelaki dan wanita di peringkat global tidak makan jumlah yang diperlukan. Secara purata, hanya 3 daripada 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan dimakan setiap hari. Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pelbagai jenis dan warna yang betul setiap hari mungkin sukar. Suplemen boleh membantu mengisi jurang nutrisi dalam diet.
Nutrilite ialah jenama suplemen vitamin, mineral dan diet yang membekalkan rangkaian suplemen yang lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk nutrisi am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan nutrisi kanak-kanak.
Nutrilite memperoleh pekatan tumbuhan semula jadi lagi organik, kebanyakannya ditanam di ladang-ladang kami sendiri, juga vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia bagi memenuhi standard kualiti kami yang jitu. Semua bahan yang digunakan di dalam produk Nutrilite telah diselidik secara meluas, diuji dan dirumus untuk memberikan produk yang memenuhi keperluan nutrisi dalam menuju ke arah kesihatan optimum.
Penyelidikan Nutrilite bermula di ladang-ladang kami. Saintis pertanian kami berusaha untuk mengoptimumkan nutrien yang dikumpul dari tumbuhan yang paling berkuasa yang ditawarkan oleh alam – kemudian mendapatkan nutrien-nutrien bernilai ini dengan menyahhidrat dan memproses tumbuhan dalam tempoh beberapa jam selepas dipetik.
Saintis Nutrilite menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk mengekstrak kebaikan maksimum daripada tanaman. Kami menganalisis nilai nutrisi tumbuhan tertentu, menguji pekatan tumbuhan untuk kandungan nutriennya dan menilai bahan-bahan mentah berpotensi yang baru untuk produk kami.
PHYTO – PERKATAAN GREEK UNTUK “TUMBUHAN” NUTRIENTS – BAHAN-BAHAN YANG MENAMPUNG KEHIDUPAN
Tidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien tidak penting untuk memastikan kita terus hidup. Namun, mengambil jumlah fitonutnutrien yang dikehendaki dengan secukupnya menerusi makanan atau suplemen akan membantu tubuh kita berfungsi pada tahap optimum.
Apabila anda tidak boleh makan jumlah atau pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dari aneka warna yang disyorkan setiap hari, kami boleh merapatkan jurang nutrisi itu dengan suplemen diet berasaskan tumbuhan yang mengandungi fitonutrien.
Fitonutrien atau nutrien tumbuhan – yang didapati dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni – membantu melindungi tumbuhan daripada tekanan fizikal dan pengoksidaan. Dalam diet harian kita, fitonutrien membekalkan pelbagai manfaat kesihatan dari menggalakkan kesihatan mata, tulang dan jantung, hingga menyokong sistem imun dan fungsi otak kita. Dengan memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, kita boleh melindungi dan mengekalkan kesihatan.
5 WARNA SEHARI ADALAH CARA YANG OPTIMUM
KESIHATAN OTAK
KESIHATAN TULANG + SENDI
KESIHATAN MATA
KESIHATAN SELULAR
KESIHATAN JANTUNG
KESIHATAN TULANG + SENDI
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran putih mengandungi fitonutrien EGCG, alisin, isotiosianat, kuersetin dan antosianidin.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Lobak turnip, bawang, cendawan, lobak kuda, kacang ginjal putih, parsnip, bawang putih, bunga kubis, kacang pis mata hitam dan pir.
KESIHATAN OTAK
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran ungu mengandungi fitonutrien kuersetin, resveratrol, asid elagik dan banyak lagi jenis antosianidin dan prosianidin yang berbeza.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Anggur, beri biru, boysenberi, terung, keledek ungu, pelam, bit dan beri hitam.
KESIHATAN DAYA PENGLIHATAN
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran oren dan kuning mengandungi fitonutrien beta karotena, alfa karotena, beta-kriptoxantin, lutein, zeaxantin, kuersetin dan hesperidin.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Nanas, lemon, buah markisa, oren, tembikai wangi, karot, aprikot, keledek, tangerin, labu squash, betik dan jagung.
KESIHATAN SELULAR
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeaxantin, isoflavon, dan EGCG serta banyak lagi.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Kubis daun, kai lan, bayam, lada benggala hijau, selada air, zukini, brokoli, kubis brussels, kacang hijau, kacang soya dan teh hijau.
KESIHATAN JANTUNG
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran merah mengandungi fitonutrien likopena, antosianidin, proantosianidin, beta karotena dan asid elagik.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Epal, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu, delima, lobak putih, raspberi, strawberi, ceri dan tomato.
MENGENAI NUTRILITE