Jabatan Sekolah-Sekolah
Mengenai Kami
site under construction
Mengenai Kami
Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Rendah dan Menengah
Untuk Menyediakan keperluan infrasruktur Pendidikan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.
Untuk memperkembangkan dan meningkatkan lagi kualiti pencapaian Pendidikan secara berterusan di semua sekolah
Untuk mewujudkan budaya sekolah yang dinamik, progresif, pemedulian, berdaya saing dan ceria berteraskan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
Mendokong perlaksanaan sistem Pendidikan Negara Abad ke 21.
Memastikan Dasar Pendidikan (SPN21 dan Sistem Pengintegrasian), Akta dan Perintah Pendidikan yang berkuatkuasa pada masa ini dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik dan sempurna di semua sekolah kerajaan mengikut peringkat persekolahan yang ditetapkan
Memastikan segala projek, program dan inisiatif Kementerian Pendidikan dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan dengan baik dan teratur berpandukan Garis Panduan pelaksanaan yang ditetapkan.
Memastikan strategi-strategi penyeliaan dan pelaksanaan projek/program/inisiatif serta pemantauan dan penilaian yang dikendalikan oleh Jabatan ini, terhadap sekolah-sekolah adalah berkesan dalam membantu sekolah-sekolah bergerak ke arah mencapai tahap sekolah yang berkualiti dan berprestasi.
Memastikan program-program dan inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah-sekolah bersifat membantu dan menaikkan kualiti pendidikan dan kualiti pengurusan / urustadbir sekolah yang berkualiti dan berprestasi tinggi.
Memastikan perjalanan harian sekolah berjalan dengan lancar, teratur dan selamat bagi semua warga sekolah ke arah memastikan kebajikan, kemaslahatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terjaga
Sentiasa menjalinkan kerjasama dengan semua jabatan di Kementerian Pendidikan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain di pelbagai kementerian dan persatuan yang berkepentingan demi mendapatkan dukungan, sokongan, bantuan dan kerjasama yang baik untuk kemajuan sekolah.