Berita baik untuk ibu-ibu yang sedang mengalami situasi ini..
Hidup tak tenang dibelenggu hutang:
Buntu hutang makin bertambah
Wang simpanan habis
Terpaksa ikat perut
Tiada jalan penyelesaian
Tidak dapat hak selepas perceraian:
Prosedur mahkamah terlalu rumit
Tak mampu bayar kos peguam yang tinggi
Nafkah anak-anak terabai
Hilang hak harta sepencarian
Asyik gagal dalam hidup:
Buat apa pun tak menjadi
Selalu ada halangan dan alasan
Tiada orang nak bimbing dan bagi nasihat
Hilang keyakinan diri
Jom kami bantu..!
Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa) merupakan satu platform kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dan berdikari bagi meningkatkan potensi diri serta keluar daripada masalah yang dihadapi. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman. Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:
Modul Pengurusan Kewangan;
Modul Kemahiran Perundangan; dan
Modul Pembangunan Potensi.
Menstrukturkan semula kewangan.
Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan.
Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat.
Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.
Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah.
Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.
Analisis kes dan khidmat nasihat guaman.
Khidmat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) - peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma - tertakluk kepada terma dan syarat.
Kenali dan kembangkan potensi diri.
Pengurusan konflik/ masalah dan emosi.
Pembentukan minda positif.
Strategi mencapai kejayaan.
Setiap modul akan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Kaedah pelaksanaan yang dijalankan memberi fokus kepada setiap kes dan permasalahan individu secara spesifik.
Melalui sesi coaching & mentoring, peserta akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar sehingga berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Peserta boleh menyertai kumpulan sokongan (support group) yang disediakan bagi memudahkan sebarang pertanyaan dan perkongsian dibuat sepanjang program berjalan.
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta bagi program ini.
Program ini hanya diadakan sekali setahun dan pemilihan peserta sangat terhad.
Ibu tunggal mengikut definisi KPWKM (wanita ketua isi rumah yang mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah).
Warganegara Malaysia.
Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi diri.
Peserta perlu memberikan sepenuh komitmen mengikuti tiga (3) fasa program sehingga selesai. Walau bagaimanapun peserta yang telah melalui fasa 1 akan disaring berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk layak menyertai fasa seterusnya.
FASA 1:
Sesi pengenalan modul selama 3 jam secara dalam talian. Peserta akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk layak ke fasa seterusnya.
FASA 2:
Latihan intensif mengikut modul secara fizikal di 6 zon terpilih (Tempat akan dimaklumkan kemudian).
FASA 3:
Coaching & mentoring secara individu dan berkumpulan secara dalam talian/ fizikal selama 3-6 bulan.
Pilih modul melalui ikon di bawah.
Baca dan faham maklumat yang diberikan.
Klik butang "Daftar Sekarang".
Isi borang permohonan.
Ibu-ibu akan menerima WhatsApp dan e-mel daripada admin untuk langkah selanjutnya.