Ke arah perkhidmatan pembetungan yang mampan, untuk melindungi kesihatan awam, sumber air dan alam sekitar.
Untuk menaikkan taraf pembangunan sosio-ekonomi dengan menyediakan prasarana fizikal yang teguh dan mantap melalui:-
Kemudahan-kemudahan pembetungan
Pengurusan operasi dan penyelenggaraan aset pembetungan
Merancang, merekabentuk dan melaksanakan program/projek/aktiviti pembangunan infrastruktur pembetungan.
Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan penyelenggaraan aset pembetungan.
Merancang dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan supaya dana digunakan dengan efektif dan efisien.
Mengawal rekabentuk dan kualiti pembinaan projek yang dilaksanakan supaya mematuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan pembetungan kepada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
Untuk menyediakan kemudahan pembetungan yang efektif dan efisien, bagi melindungi kesihatan awam dan memulihara sumber air semulajadi secara berterusan
Untuk memastikan kemudahan pembetungan sentiasa dalam keadaan berfungsi dan memberi perkhidmatan yang selamat, berkualiti, ekonomik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Untuk memastikan kualiti efluen yang dilepaskan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Meneliti dan mengulas cadangan rekabentuk sistem pembetungan dari segi proses rawatan serta memeriksa kualiti kerja pembetungan untuk bahagian proses dan makmal agar ia mematuhi spesifikasi, garispanduan, akta dan peraturan yang ditetapkan.
Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pembetungan serta di peringkat operasi loji olahan kumbahan.
Merancang dan memantau pelaksanaan program pemantauan prestasi loji, program analisis makmal, program penyelenggaraan peralatan pemantauan prestasi, aktiviti pelupusan enap cemar dan sisa bahan kimia.
Merancang dan menjalankan program penyelidikan secara in-house dan secara kerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan, syarikat swasta dan agensi kerajaan lain demi menyediakan perkhidmatan pembetungan yang lebih cekap dan inovatif.
PROSES
Meneliti cadangan rekabentuk sistem pembetungan yang dikemukakan oleh juruperunding/pemaju dan memberi ulasan terhadapnya agar mematuhi garispanduan, akta dan peraturan yang ditetapkan.
Menjalankan pemeriksaan perantara dan terakhir ke atas projek atau aset pembetungan untuk bahagian proses rawatan dan makmal sebelum membuat pengesyoran untuk pengambilalihan aset/ pengeluaran sijil perakuan siap.
Menyediakan spesifikasi kemudahan makmal dan peralatan pemantauan prestasi untuk projek pembangunan pembetungan.
Merancang dan memantau pelaksanaan program pemantauan prestasi di loji olahan kumbahan JPP Sabah.
Merancang dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan peralatan pengujian in-situ di loji olahan kumbahan JPP Sabah.
Merancang dan memantau aktiviti pelupusan enap cemar dari loji olahan kumbahan JPP Sabah.
Memantau status pematuhan influen loji rawatan kumbahan JPP Sabah kepada had rekabentuk.
Memantau status pematuhan efluen terawat loji olahan kumbahan JPP kepada piawaian yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Memberi nasihat teknikal kepada penyelia loji di daerah berkaitan cara untuk menyelesaikan masalah proses rawatan di loji olahan kumbahan JPP.
Memberi latihan berkaitan pemantauan prestasi loji kepada kakitangan teknikal JPP Sabah.
ALAM SEKITAR
Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pembetungan serta di peringkat operasi loji olahan kumbahan.
Meneliti dan memberi ulasan ke atas laporan alam sekeliling yang disediakan oleh juruperunding di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pembetungan.
Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pemberitahuan bertulis dan kebenaran bertulis di bawah Peraturan-peraturan Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Merancang dan melaksanakan program audit alam sekeliling pihak ketiga ke atas loji olahan kumbahan JPP Sabah di peringkat operasi.
PEMBANGUNAN
Menyemak dan memberi ulasan ke atas pelan kejuruteraan yang dikemukakan oleh pemaju atau juruperunding.
Menyemak dan memberi ulasan teknikal ke atas laporan alam sekeliling yang dikemukakan oleh juruperunding di peringkat perancangan dan pembinaan loji rawatan kumbahan.
Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat perancangan dan pembinaan loji rawatan kumbahan.
Menyelenggara laman web di bawah pengurusan Bahagian Kejuruteraan Proses dan Alam Sekitar.
Menjalankan audit dalaman bagi pelaksanaan Polisi Alam Sekitar bagi Projek Skim Pembetungan JPP yang tertakluk kepada Syarat Kelulusan EIA di seluruh Sabah.
Mengendalikan program latihan berkaitan proses, alam sekitar dan makmal untuk kakitangan teknikal JPP Sabah.
Menyelia projek-projek pembetungan di bawah Bahagian Kejuruteraan Proses dan Alam Sekitar.
Memantau projek-projek Skim Pembetungan di bawah JPP Sabah dalam fasa perancangan dan pembinaan yang berkaitan proses dan alam sekitar.
Merancang dan mengendalikan pelaksanaan pangkalan data bagi pemantauan Loji Rawatan Kumbahan JPP Sabah dan Makmal.
PENYELIDIKAN
Menjalankan kajian in-house untuk menyelidik isu-isu berkaitan pembetungan dan meningkatan kecekapan operasi sistem pembetungan sedia ada.
Merancang dan mengendalikan sesi lawatan dan libat urus melibatkan agensi luar termasuk agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi.
Merancang dan melaksanakan program penyelidikan dan inovasi menerusi kolaborasi dengan institusi penyelidikan tempatan, syarikat swasta dan agensi kerajaan lain untuk menambahbaikan sistem pembetungan sedia ada agar lebih ekonomik, tenage efisien, dan mengaplikasi teknologi hijau.
MAKMAL
Menyediakan perkhidmatan analisis kimia ke atas sampel air kumbahan.
Merancang dan memantau pelaksanaan program analisis kumbahan oleh makmal analisis JPP Sabah dan makmal bertauliah persendirian.
Merancang dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan peralatan makmal analisis.
Merancang dan memantau program pelupusan sisa bahan kimia dari makmal analisis kumbahan JPP Sabah.
Memberi latihan pengendalian analisis kumbahan kepada kakitangan makmal JPP Sabah.
PENYELIDIKAN
Menjalankan kajian in-house untuk menyelidik isu-isu berkaitan pembetungan dan meningkatan kecekapan operasi sistem pembetungan sedia ada.
Merancang dan mengendalikan sesi lawatan dan libat urus melibatkan agensi luar termasuk agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi.
Merancang dan melaksanakan program penyelidikan dan inovasi menerusi kolaborasi dengan institusi penyelidikan tempatan, syarikat swasta dan agensi kerajaan lain untuk menambahbaikan sistem pembetungan sedia ada agar lebih ekonomik, tenage efisien, dan mengaplikasi teknologi hijau.