FEBRUARI 2026
GERAK GERI JPP PSA
GERAK GERI JPP PSA
4 Februari 2026 | Pilihan Raya Kampus 2026
Titik permulaan para JPP 2026 sebagai "bakal pemegang amanah". Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada calon yang dipilih!
6-8 Februari | Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Berikut merupakan kem kepimpinan JPP yang telah berlangsung di Kem MCL, Bamboo Village, Tanjong Karang, Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Coach Bob atas didikan dan nasihat yang diberi :)
11 Februari | Majlis Watikah Pelantikan JPP PSA 2026
Pelantikan yang bukan sekadar simbol jawatan, tetapi amanah yang mengikat janji. Setinggi-tinggi penghargaan buat Timbalan Pengarah Akademik PSA, YBrs. Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman dan YBrs. Dr. Sulaiman bin Mohammed Khalid serta barisan pengurusan PSA yang telah merasmikan pelantikan kami sebagai JPP PSA 2026.
12 Februari | Gotong-royong Bilik Gerakan JPP
Memastikan ruang kerja kami sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif.
13 Februari | Solat Jumaat bersama YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah
Suatu penghormatan yang amat besar bagi pihak PSA dalam menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah. Kehadiran ini mencerminkan sokongan berterusan pihak kepimpinan negara terhadap institusi pendidikan tinggi serta kebajikan warga kampus.
13-16 Februari | Student Leader's Management Training PolyCCSmart
Program tersebut yang telah dihadiri oleh YDP PSA, saudara Dhia Zafran bin Sull Hazry, merupakan platform bagi memperkasakan kepimpinan pelajar di peringkat nasional dan membina jaringan strategik antara institusi melalui pemilihan barisan kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (JPPPK)
23 Februari | Makmal dan Dialog Kemenjadian Mahasiswa Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM)
Setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan dan peluang serta tahniah diucapkan kepada pihak MPPK kerana telah menjayakan makmal & dialog ini yang mengumpulkan hampir 1000 mahasiswa yang terdiri daripada ahli Kesatuan Mahasiswa, MPP & JPP di seluruh negara bagi menyuarakan pandangan dan idea mengenai RPTM 2026-2035.
25 Februari | Agihan Pek Iftar
JPP PSA telah mengagihkan sebanyak 500 pek iftar sumbangan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.