SUDUT INFORMASI
SUDUT INFORMASI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.
Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Peneraju Terunggul Pengurusan Rekod Penduduk Negara Demi Keselamatan dan Kesejahteraan
Memastikan Pengurusan Rekod Pengenalan Diri Yang Sahih dan Terpelihara Dengan Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Penduduk Demi Keselamatan Negara Serta Sebagai Agensi Rujukan Utama Rekod Penduduk Negara
Jabatan Pendaftaran Negara Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti, Cekap, Tepat Dan Mesra Demi Kepentingan Negara
Mengumpul, menyatupadu dan mendaftar maklumat penting perseorangan;
Mengeluarkan sijil pendaftaran;
Menjaga rekod pendaftaran kekal; dan
Menguatkuasakan akta, Ordinan dan Peraturan Pendaftaran
Empat indikator urus niaga utama JPN disusun dengan lebih dinamik agak menampilkan perspektif "Zoom" terus ke huruf P (Pendaftaran) menggambarkan kecanggihan teknologi dan keselamtan rekod pengenalan diri JPN
Disamping itu juga, garisan-garisan ini membentuk hubungan kait antara satu sama lain dengan urusan urus-niaga utama JPN yang sangat berhubung kait antara satu sama lain
Warna merah dipilih sebagai warna garisaan luar kerana ianya lebih mrnonjol dan paling utama simbolik kepada keselamatan dokumen yang disimpan dan diuruskan oleh JPN. Warna-warna lain adalah selaras dengan logo asal JPN dan warna pada jalur gemilang
BAHAWA KAMI WARGA JPN
BERIKRAR, AKAN SENTIASA,
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS,
DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
ADIL DAN SAKSAMA, SERTA RAJIN
DAN BERDISIPLIN,
BAGI MENCAPAI WAWASAN JPN DAN NEGARAH