D A C
DIPLOMA PERAKAUNAN
DIPLOMA PERAKAUNAN
Diploma Perakaunan digubal khusus untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada pengalaman sebenar melalui program latihan industri. Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.
Kemahiran dan kebolehan yang diperolehi oleh graduan Diploma Perakaunan akan membolehkan mereka bekerja sebagai:
Pembantu Akauntan
Penolong Pengawal Kewangan
Penolong Juruaudit
Juruteknik Cukai
Usahawan
Lepasan SPM
Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Lulus Bahasa Inggeris
Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Matematik
DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan selain SPM
Warganegara Malaysia
Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali