Mungkin lebih faham berbanding bahasa Inggeris.. boleh cuba tgk ya
Mari kita pelajari pembahagian sel secara mitosis dan meiosis. Apakah perbezaannya?
Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua nukleus. Setiap nukleus mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama dengan nukleus sel induk.
Meiosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet yang mempunyai bilangan kromosom separuh (haploid) daripada bilangan kromosom sel induknya (diploid). Meiosis berlaku di dalam testis (jantan/lelaki) dan ovari (betina/perempuan) bagi haiwan dan manusia.