KEBUDAYAAN DAN WARISAN
KEBUDAYAAN DAN WARISAN
TARIAN kuda kepang bukan baru di nusantara. Dengan gerak tari yang penuh kelembutan, tarian ini turut diiringi rentak muzik tradisional yang cukup menarik pesona penonton. Dengan beberapa peserta menari mengikut rentak muzik, mereka menghayunkan ‘kuda’ ke kiri dan ke kanan sebagai simbolik menungganginya.
Sesekali cemeti dipukul di permukaan lantai, sekali gus mendatangkan debaran kepada penonton. Antara peralatan muzik yang digunakan gendang, ibu gendang, gong, kenong dan saron, manakala cemeti menjadi prop utama. Cemeti digunakan dalam upacara buka gelanggang oleh individu yang digelar sebagai Badal. Turut memainkan peranan ialah pengawal gelanggang yang akan memastikan permainan terkawal. Peranan Pandu atau ketua penari pula memberi arahan kepada penari dalam satu-satu permainan.
Bercakap pada Penutupan Festival Tukang:Design and Craft 2024 pada 9 Jun 2024, YB Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan terdapat juga beberapa hasil seni dan budaya negeri Selangor yang dibawa ke peringkat global sebagai salah satu tarikan pelancongan negeri Selangor. Perkampungan budaya Mah Meri, Seni Muzik Cempuling di Banghuris Homestay, Kuda Kepang dan Barongan di Sabak Bernam serta seni anyam mengkuang di Sabak Bernam antara tarikan pelancongan negeri Selangor.
MAKANAN TRADISI
Sebut sahaja ‘punten’ pastinya ramai berasa pelik malah tertanya-tanya maksud perkataan itu, namun perkataan ini tidak asing bagi kebanyakan rakyat berketurunan Jawa di daerah Sabak Bernam.
Punten, adalah makanan berasaskan nasi impit, dicicah dengan sambal, merupakan antara pilihan sajian yang terkenal dan mudah didapati di kebanyakan kedai menjual kuih-muih di sini.
Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dicampur dengan santan.
Wadai kipeng adalah makanan warisan orang Banjar. Bubur ini dikatakan kipeng kerana bancuhan tepung pulut yang ditambah secubit garam dibulat-bulatkan kemudian ditekan/ dipicit ditengah-tengahnya untuk menjadikannya "kipeng". Menurut orang tua-tua, bubur akan mudah masak dan tidak perlu lama memasaknya. Wadai kipeng lebih enak jika kuahnya diletakkan durian. Makan sekali pasti nak lagi!