Faizul Ridzuan adalah seorang pelabur hartanah yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pelaburan hartanah di Malaysia.
Pada tahun 2005, beliau telah berjaya membeli hartanah pertamanya tanpa modal dengan gaji RM2,000 sebagai pekerja biasa.
Sebelum berusia 30 tahun Faizul telah memiliki 23 buah hartanah. Sehingga hari ini, Faizul telah memiliki lebih dari 60 buah hartanah di Malaysia.
Faizul Ridzuan pernah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan hartanah di syarikat korporat seperti Petronas, TNB, Shell dan juga bersama pemaju seperti Sunway, SP Setia dan Country Garden.
Melalui syarikat beliau FAR Capital Sdn. Bhd., lebih dari 3,000 klien telah berjaya memiliki hartanah yang menjana keuntungan cashflow positif walaupun pada waktu krisis ekonomi.