jabatan hal ehwal pelajar
POLITEKNIK PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
POLITEKNIK PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PENGENALAN AM
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar di Politeknik Port Dickson.
JHEP terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Pengambilan dan Data, Unit Pembangunan dan Kebajikan Pelajar dan Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa dan Pembangunan Alumni.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar diterajui oleh seorang Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh beberapa orang pegawai dan staf lain.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar berfungsi dalam menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar, simpanan data dan rekod pelajar, kebajikan dan disiplin pelajar. Di samping itu, JHEP membantu pelajar menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa pendidikan.
OBJEKTIF
Menguruskan pengambilan dan pendaftaran baharu bagi mencapai norma ambilan pelajar. Proses pendaftaran pelajar dilakukan dalam tempoh sebulan daripada hari pendaftaran perdana bergantung kepada tawaran daripada Bahagian Ambilan Pelajar.
Memastikan 95 peratus pelajar Politeknik Port Dickson bebas daripada salah laku displin serta dapat merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya dua aktiviti displin pada setiap tahun.