Ketua Jabatan
Dr. Abdullah bin Hamzah
Penolong Ketua Jabatan
Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
Ketua Unit Disiplin & Kebajikan
Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
Ketua Unit Pembangunan Insaniah
Pn. Lily binti Yaakub
Ketua Unit Rekod, Data, Alumni, Pengambilan & Penempatan
En. Hafiz
Ketua Kolej Kediaman
Dr. Norsidah binti T Mohamed
Penolong Ketua Unit Kolej Kediaman
Pn. Noritah binti Taib
Penyelaras Disiplin dan Tatatertib: Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
Penyelaras Kebajikan: Pn. Norasmahani binti Hj Nor
Penyelaras Pengembangan & Kepimpinan: Pn. Lily binti Yaakub
Penyelaras Pembangunan Latihan: Pn. Asmaniza binti Mamat
Penyelaras Data, Rekod & Alumni,: En. Hafiz
Penyelaras Pengambilan & Penempatan : Kosong
Penyelaras Aduan: Pn. Noritah binti Taib
Pegawai Pengurusan 1: Pn. Norfarahi binti Zakuan
Pegawai Pengurusan 2: En. Muhammad Fudhail bin Razak
Pembantu Tadbir : Cik. Fatin Hanisya Binti Mohd Idris
Pembantu Operasi : Pn. Rajmah binti Anuar
Ketua Warden: En. Mahdzir bin Nor
Pen. Pengurus Asrama : Pn Norkhafifah binti Sahamsudin
Penyelia Asrama : En. Mohd Halize binti Miswan
Penyelia Asrama: Pn. Kamariah binti Nor Suboh
Penyelia Asrama: Pn. Mardiah binti Musa
1. KETUA UNIT DISIPLIN, TATATERTIB DAN KEBAJIKAN
A. PENYELARAS DISIPLIN DAN TATATERTIB
SENARAI TUGAS
Memastikan semua pelajar mematuhi AKTA 174 dan Peraturan IPG.
Menguruskan dokumen prosiding bagi kes-kes salah laku pelajar untuk dimajukan ke Lembaga Tatatertib IPG.
Menjadi urus setia kepada Lembaga Tatatertib IPG dan seterusnya menyediakan laporan tindakan tatatertib.
Menghantar nama dan dokumen pelajar yang memohon rayuan hukuman tatatertib bersama dokumen yang diperlukan ke PHEP IPGM.
Menguruskan surat/ borang saman pelajar dari segi jumlah dan rekod saman bagi hukuman tatatertib terus (denda) seperti kesalahan lalu lintas.
Mengurus dan memproses Borang Salah Laku Pelajar yang dihantar oleh pensyarah/ warga IPG.
Memantau kehadiran dan semua acara rasmi institut (perhimpunan rasmi, perhimpunan professionalisme pelajar, perhimpunan khas, aktiviti pelajar).
Menghantar laporan analisis tindakan tatatertib di bawah akta 174 dua (2) kali setahun kepada PHEP .
Setiausaha Majlis Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Penasihat Umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Penasihat Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin.
Menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (Pegawai Pengurusan 2).
Penolong Ketua Jabatan HEP.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
B. PENYELARAS KEBAJIKAN
SENARAI TUGAS
Memberi maklumat, panduan dan nasihat kepada pelajar mengenai kes-kes perkahwinan, tangguh, tukar pusat pengajian, berhenti kursus dan pecah kontrak.
Menghantar nama dan dokumen pelajar yang memohon rayuan tangguh, sambung dan tukar pusat pengajian serta pecah kontrak bersama dokumen yang diperlukan ke PHEP IPGM dan salinan kepada Unit Data dan Rekod IPG Kampus.
Menguruskan permohonan berkahwin, tangguh, sambung pengajian dan berhenti.
Membantu hal-hal berkaitan dengan aduan pelajar seperti elaun, akademik dan lain-lain.
Menguruskan lawatan ke luar negara pelajar secara persendirian atau berkumpulan.
Menguruskan pengurusan insuran untuk semua pelajar.
Menyelaras kes-kes kecemasan dan pelajar sakit semasa waktu pejabat .
Menguruskan proses Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sebelum, semasa dan selepas serta menyediakan laporan penilaian keberkesanan untuk dihantar ke PHEP, IPGM (IPGM-PPK-PT-07).
Memberikan taklimat pengisian dan kepentingan Borang Perjanjian Pendidikan Guru semasa Program Pengurusan Pelajar Baharu dan menerima, mengumpul dan menyemaknya.
Mengurus dan memantau Buku Pendaftaran Pelajar bagi setiap kemasukan pelajar.
Mengurus, menyedia dan menghantar nama serta dokumen pelajar yang ditamatkan pengajian ke PHEP IPGM untuk dibawa ke MJKP serta memaklumkan keputusan pecah kontrak MJKP yang dihantar oleh PHEP kepada pihak atasan dan pelajar.
Menguruskan proses tuntutan ganti rugi pelajar yang ingkar Perjanjian Pendidikan Guru mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Mengurus perhimpunan rasmi di bawah JHEP.
Penasihat Biro Kebajikan dan Sosial dan Biro Akademik.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
Pegawai Pengurusan 1 (Setiausaha Jabatan)
2. KETUA UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH
A. PENYELARAS PENGEMBANGAN & KEPIMPINAN
SENARAI TUGAS
Mengurus pelantikan penyelaras mentor dan pelantikan mentor.
Merancang dan menyelaras perjumpaan mentor-mentee dan mesyuarat mentor.
Mengumpulkan laporan program mentor-mentee setiap minggu.
Membuat analisis dan pelaporan keberkesanan program mentor-mentee untuk dibentang dalam MPPP IPG kampus dan dihantar ke PHEP, IPGM (IPGM-PPK-PT-08).
Merancang, mengurus, menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan program pencegahan, pengembangan dan intervensi mental, emosi dan fizikal pelajar (merujuk profil pelajar).
Menyelaras dan mengawal selia aktiviti patriotisme/kenegaraan.
Menyelaras dan mengawal selia Kursus Transformasi Minda.
Mengumpul dan menyerahkan laporan berkaitan aktiviti pengembangan insaniah kepada PHEP IPGM.
Penasihat Persatuan Mualim, Tarbiah dan Nuqaba.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
B. PENYELARAS PEMBANGUNAN LATIHAN
SENARAI TUGAS
Merancang, menyelaras dan mengawal selia program berkaitan kemahiran, kepegawaian, kejurulatihan dan kepengelolaan dalam unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan.
Menyelaras semua pendaftaran unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan di kampus.
Merancang, mengurus, menyelaras dan mengawal selia pelajar bagi program pelajar dengan agensi luar dan NGO.
Merancang, menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian, Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Kursus Celik Kewangan.
Mengumpul dan menyerahkan laporan berkaitan pencapaian, aktiviti, program dan latihan insaniah kepada PHEP IPGM.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
Pegawai Pengurusan 2 (Bendahari Jabatan)
3 . KETUA UNIT REKOD DATA, ALUMNI, PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN.
A. PENYELARAS PENGAMBILAN & PENEMPATAN DAN ALUMNI
SENARAI TUGAS
Bertindak sebagai pegawai penghubung antara IPGM dan kampus yang berkaitan proses UKCG / UKF/ temu duga/ amali.
Menyelaras, mengurus dan mengawal selia tempat, hal-hal penyimpanan, pergerakan dan percetakan dokumen/ bahan sulit serta alatan bagi urusan pelaksanaan saringan UKCG/ UKF/ temu duga/ amali.
Mengurus calon hadir untuk melaksanakan UKCG/ UKF dan temu duga/ amali di pusat UKCG/ UKF/ temu duga masing-masing.
Mengurus gantian pengawas/ penilai UKCG/ UKF dan panel/ penilai temu duga/ amali di pusat UKCG/ UKF/ temu duga masing-masing sekiranya diminta.
Menguruskan promosi kerjaya guru bersama PHEP, IPGM dengan agensi luar.
Menyedia maklumat kapasiti pelajar kepada PHEP, IPGM bagi urusan penempatan ke IPG.
Mengumpul maklumat data alumni.
Mengawal selia aktiviti alumni IPG kampus.
Menyelaras dan mengawal selia jalinan kerjasama alumni dengan Stakeholder, komuniti, NGO dan antarabangsa.
Mengumpul maklumat berkaitan keperluan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan akademik, insaniah dan penjanaan kewangan alumni untuk membantu aktiviti kampus.
Menyelia dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Aduan Pelanggan Pelajar (IPGM-PPK-PUP 09).
Menyelaras penghantaran laporan alumni sekurang - kurannya dua ( 2 ) kali setahun ke PHEP, IPGM.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
B. PENYELARAS REKOD DAN DATA
SENARAI TUGAS
Mengurus, menyimpan dan melupus rekod/ dokumen/ Perjanjian Pendidikan Guru, fail peribadi pelajar mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Mengemaskini, mengumpul, merekod kes dan data pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib/ berkahwin/ berhenti/ tangguh pengajian/ sambung pengajian/ tukar pusat pengajian dan pecah kontrak.
Mengurus dan mengawal selia data pelajar dalam MySMP dan Mypelajar JHEP.
Memastikan proses verifikasi data pelajar dalam MySMP dilakukan pada setiap bulan sebelum 5 haribulan.
Mengurus dan memastikan semua pelajar tahun akhir mengisi e-posting melalui MySMP.
Menyelaras dan memastikan semua pelajar semester akhir mengisi mySMP.
Mengurus dan mengesahkan permohonan Tapisan Keselamatan Pelajar (e-vetting).
Mengurus dan memastikan semua pelajar tahun akhir mengisi e-graduan selepas bergraduat.
Penasihat Biro Taknologi Maklumat dan Penerbitan.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
Pegawai Pengurusan 2 (Bendahari Jabatan)
4. KETUA UNIT KOLEJ KEDIAMAN
KETUA WARDEN
SENARAI TUGAS
Mengawal selia dan memastikan semua kemudahan kolej kediaman berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai serta asrama ditadbir dengan teratur.
Menguruskan kes-kes pelajar yang ada kecemasan dan pelajar sakit, yang tinggal di asrama di luar waktu pejabat.
Mengurus dan menyediakan jadual bertugas Ketua Warden dan warden kolej kediaman.
Memantau pengurusan kolej kediaman.
Menjalankan/melaksanakan tugas rutin mingguan dan bertugas semasa cuti umum dan cuti institut.
Memastikan jawatankuasa kolej kediaman dibentuk.
Merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti kolej kediaman.
Memantau pelajar yang tinggal di dalam dan luar kampus.
Penasihat Biro Kediaman Pelajar.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
Nota;
Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru.
Penolong pengurus asrama & penyelia asrama
5. PEMBANTU TADBIR
SENARAI TUGAS
Penggerak Dokumen Pengurusan Pelajar.
Membantu pengurusan pendaftaran & pengurusan pelajar baharu.
Menyemak Borang Perjanjian Pendidikan Pelajar Baharu.
Menyemak fail peribadi pelajar baharu.
Mengurus penyimpanan/ pengeluaran Fail Peribadi Pelajar di Bilik Fail sekiranya perlu dari semasa ke semasa.
Menguruskan dan mengemaskini data pelajar untuk pembayaran elaun.
Menyemak tuntutan tambang pelajar untuk dihantar ke Unit Kewangan.
Menyemak borang penempatan pelajar.
Mendaftar pelajar dalam buku pendaftaran pelajar Institut.
Mengurus surat menyurat berkaitan Hal Ehwal Pelajar seperti borang pengecualian kuliah, surat perakuan pelajar, surat kebenaran/ perakuan pelajar ke hospital/ dokumen-domumen prosiding.
Menerima Arahan KJ HEP dari semasa ke semasa.
6. PEMBANTU OPERASI
SENARAI TUGAS
Pengurusan Kaunter Jabatan.
Pengurusan Bilik Dokumen Jabatan.
Pengurusan Fail Pentadbiran Jabatan.
Pengurusan Bilik Fail Peribadi Pelajar.
Pengurusan penghantaran memo/ surat menyurat/ makluman jabatan/faks.
Pengurusan salinan dokumen/ surat/ borang-borang jabatan.
Pengurusan tempahan dewan /auditorium.
Membantu urusan pengkeranian.
Menerima Arahan KJ HEP dari semasa ke semasa.