Laptop menyala tapi display tak timbul?
Masalah ini selalu di hadapi oleh costumer,masalah ini berpunca pada ram laptop sama ada ram laptop tersebut rosak atau boleh digunapakai lagi. Jika ram laptop boleh digunapakai kami akan membuat service pada laptop tersebut seperti membuang habuk yang ada pada laptop dan menukar thermal paste dan batterry cmos yang ada pada laptop tersebut. Ibaratkan kalau pakai moto kene tukar minyak hitam setiap bulan atau 2 bulan tetapi laptop hanya sekali saja dalam 3 tahun atau lebih dan untuk batterry cmos ialah untuk motherboard laptop korang ibaratkan seperti cooler motorsikal hanya berbeza jangka hayat kalau untuk motor perlu tukar dalam 1-3 bulan kalau untuk laptop tidak perlu tukar banyak kali.
Laptop korang slow gila macam brother ni?
Bila nak bukak laptop je kene tunggu berjam jam kan haa kami boleh melajukan laptop korang.Ok apa yang kami buat ialah seperti biasa kami akan check system dalam windows untuk membuang sampah-sampah(cache) yang ada pada laptop dan memoptimizekan system laptop korang.Jika perkara ini tetap sama kami akan merecomandasi untuk mengupgrade part part laptop korang seperti menukar hdd korang kepada ssd dan meningkatkan ram korang contoh laptop korang hanya 2gb ram ok untuk melajukannya kami akan menukarkan kepada Ram4gb/6gb/8gb/12gb/16gb berdasarkan spesifikasi laptop korang dan membuat sekali service laptop korang dengan menukar kedua dua part ini laptop korang akan menjadi semakin laju dan akan menyelamatkan masa masa korang daripada menunggu berpuluh-puluh minit untuk masuk ke windows tu
Laptop part korang rosak,patah atau hilang?
Seperti yang korang tengok dekat dalam gambar tu kami boleh mengantikan part part yang dh rosak atau hilang.Apa yang kami lakukan adalah mengorder barang barang yang perlu ditukar atau yang hilang untuk mengantikanya.Harga?harga mengikut jenis model laptop korang atau komputer korang
Laptop korang corrup?
Apa yang kami buat ialah menformat laptop tersebut,jika laptop korang ada barang barang penting contoh gambar,lagu,video,document dan lain-lain kami akan memastikan sama ada barang tersebut selamat jika tidak boleh kami akan memberitahu kepada costemer untuk mendapatkan kepastian sama ada mahu buang atau pun simpan