FAQ
FAQ
1. Adakah terdapat had bilangan pelajar untuk setiap sekolah?
Tiada, had peserta hanya mengikut zon sahaja.
2. Bolehkah peserta menarik diri selepas mendaftar?
Tidak dibenarkan setelah kurang dari dua minggu sebelum pendaftaran ditutup.
3. Adakah sewaan robot diwajibkan?
Ya, bagi semua kategori kecuali STORM CODE dan BYTEDROID
4. Bagi kategori ‘Coding’, latihan asas disediakan?
Rakaman asas latihan disediakan. Pembelian JAZROBOT akan disertakan dengan buku panduan. Satu kumpulan hanya memerlukan 1 JAZROBOT S1 sahaja. Kategori Storm Code dan Byte Droid sahaja memerlukan robot tersebut.
5. Hadiah untuk peringkat akhir atau termasuk peringkat Zon?
Hadiah disediakan untuk semua peringkat pertandingan.
6. Sekiranya tidak layak ke peringkat akhir adakah peserta layak terima Sijil Penyertaan ?
Ya, semua peserta yang berjaya mendaftar dan hadir pada hari pertandingan akan layak untuk menerima sijil penyertaan.
7. Berapakah Pasukan Yang layak Ke Final Setiap Zon?
Pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang bagi setiap zon sahaja yang layak ke peringkat akhir.
8. Sekiranya menyewa dron, berapa lama tempoh sewaan dibenarkan dan bila dron tersebut akan diterima ?
Sewaan kit robotik hanya dibenarkan pada hari pertandingan sahaja, dan sesi latihan akan disediakan.
9. Penyertaan percuma, tetapi ada kos sewaaan? Perkara ini mengelirukan.
Tiada yuran penyertaan, kos sewaan robot dibuka untuk mengurangkan kos peserta untuk membeli robot serta memberi peluang kepada sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang tidak memiliki robot untuk menyertai pertandingan ini. Kami membuka ruang untuk peserta menggunakan robot sendiri yang telah ditetapkan mengikut kategori. Namun, sebarang kerosakan atau tidak berfungsi sewaktu pertandingan bukan dibawah tanggungjawab penganjur program.
10. Bilakan jadual perlawanan akan dikeluarkan ?
Jadual perlawanan akan dikeluarkan sebaik sahaja pendaftaran pertandingan ditutup.
11. Group telegram peserta
Peserta akan menerima link group Teleram sebaik sahaja berjaya mendaftar.
12. Adakah pendaftaran masih dibuka?
Sila rujuk tarikh berikut untuk tarikh tutup pendaftaran mengikut lokasi dan negeri:
🎯 Sabah & Sarawak 30 JUN
🎯 EC 9 JUL
🎯 North 16 JUL
🎯 South 23 JUL
🎯 Central 30 JUL