Syarikat Jadi Besar Holdings ditubuhkan pada 29/08/2022, dibawah Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948 dan berdaftar dengan Lembaga mengikut bahagian VI akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, CIDB. Dikenali sebagai Jadi Besar Property. Moto syarikat ini “your dream home comes true with us”. Syarikat Jadi Besar Holdings menjalankan perniagaan Kerja-kerja Kejuruteraan Awam iaitu Kontraktor Binaan, bangunan, jalanraya, Jambatan, Landskap, Perparitan, Kalbut, Perpaipan, Penyelenggaraan dan pengurusan Reka Bentuk, kerja-kerja am, kejuruteraan awam dan binaan am. Syarikat ini tertumpu kepada perniagaan Bina Rumah atas tanah milik sendiri, sasaran ialah kumpulan korporat, swasta mahupun jabatan kerajaan. Jadi Besar Holdings memberi jaminan selama 6 bulan selepas siap rumah dibina.
Menjadikan sebuah syarikat kontraktor yang boleh dipercayai dalam sektor pembangunan dan perkhidmatan, dan menjadikan syarikat adalah pilihan utama pelanggan. Selain itu, melahirkan pekerja mahir agar dapat merealisasikan rumah impian pelanggan.
Memastikan kerja binaan dilaksanakan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
Berusaha untuk menyiapkan projek mengikut tempoh yang di tetapkan.
Memastikan bahan yang digunakan adalah berkualiti.
Mengutamakan perbincangan bagi memenuhi cita rasa dan kepuasan pelanggan.
Menjadikan sebuah syarikat pembinaan yang dapat membantu untuk merealisasikan rumah impian pelanggan.
ISNIN HINGGA JUMAAT 8.00AM-5.00PM
SABTU 8.00AM-1.00PM
AHAD CUTI