❤️AUTHOR: ITSVIOLETS
❤️PRICE: RM 3 & FREE 2 EBOOK (SEHINGGA 10 JUN SAHAJA) (NORMAL PRICE: RM 12)
❤️PAGES: 600+ (40K+ WORDS)
❤️SINOPSIS:
Haura Delisha. Seorang gadis kampung yang hidup serba kekurangan, terpaksa memikul tanggungjawab berat selepas kematian ayahnya. Hutang keluarga yang menimbun memaksa Haura menerima tawaran kerja mudah daripada sahabatnya di Kuala Lumpur. Sebuah pekerjaan yang menyeretnya ke dunia gelap yang dikenali sebagai sugar baby.
Firas Qarizh. Seorang lelaki kaya dan berjaya serta mewarisi empayar perniagaan keluarganya. Namun, hatinya keras dan pandangannya terhadap wanita penuh curiga akibat pengalaman pahit masa lalu. Bagi Qarizh, cinta adalah sebuah ilusi yang tidak wujud.
Pertemuan antara Haura dan Qarizh membawa mereka ke dalam hubungan yang tidak dijangka. Meskipun terikat dengan perjanjian sugar baby, hati kedua-duanya mula berubah. Namun, salah faham dan tuduhan melulu Qarizh terhadap Haura meruntuhkan kepercayaan yang mulai terjalin.
Haura yang terluka memilih untuk pulang ke kampung. Namun siapa menyangka kebenaran tentang pekerjaannya yang disimpan kemas akhirnya terbongkar jua sekaligus menyebabkan konflik hidupnya semakin besar. Dalam masa yang sama, Qarizh yang mula menyedari kesilapannya tekad untuk memperbaiki keadaan. Dia menuju ke kampung Haura dengan satu niat iaitu memohon kemaafan dan memenangi hati gadis itu semula.
Adakah cinta yang mereka bina mampu bertahan di sebalik garis kecil yang memisahkan mereka? Atau adakah luka lama akan terus membayangi hubungan ini?
❤️TEASER 1:
Haura duduk di meja makan, matanya tertumpu pada surat yang berada di tangannya. Surat hutang yang semakin berat untuk dihadapi, walaupun sudah hampir setahun.
Haura menggenggam surat itu dengan erat. Hampir terlihat jelas kedutan di kertas itu. Matanya panas tapi dia paksa dirinya untuk tidak menangis.
Tahan! Jangan lemah!
“Tadi Pak Man datang,” kata Mak Ton dengan suara yang makin serius.
“Dia cakap kalau hutang arwah abah kau tak bayar bulan ni, dia nak ambil tanah belakang rumah tu.” Sekali lagi Mak Ton mengeluh kuat. Pelipisnya diurut perlahan.
Haura terdiam.
Tanah itu adalah satu-satunya tanah peninggalan arwah ayah untuk mereka sekeluarga. Harapan terakhir mereka. Tanpa tanah tersebut, entah apa lagi yang tinggal untuk mereka sekeluarga.
“Mak…” suara Haura rendah, hampir hilang.
“Apa lagi?” Suaranya naik seoktaf.
“Kalau… kalau Haura buat benda salah… Mak akan maafkan Haura tak?” Haura bertanya, tanpa tahu apa yang sebenarnya dia ingin dengar.
Mak Ton diam sejenak seperti memikirkan sesuatu. Dia memandang Haura sekejap, sebelum kembali menyambung kerjanya.
“Aku tak kisah apa kau nak buat sekali pun. Yang penting hutang tu langsai! Jangan kau conteng arang ke muka aku sudah.”
Atas bawah tubuh langsing Haura dipandangnya. Sesekali dia mengomel tidak jelas sambil menggelengkan kepala.
❤️TEASER 2:
“Semua perempuan sama je. Tak cukup satu.” Qarizh menjawab akhirnya. Nada suaranya lebih dingin daripada sebelumnya.
“Kau tak payah nak pujuk aku untuk percaya lagi.” Bingo! Umpan dah mengena.
Razif tersenyum seperti serigala yang berjaya menangkap mangsa.
“Aku tahu kau akan cakap macam tu. Itu maksud aku, bro! Kau patut ambil sugar baby. Enjoy sementara masih muda. Kalau kau nak, aku boleh carikan untuk kau.”
Qarizh memandang Razif dengan pandangan yang tajam, tetapi hatinya mula goyah.
“Aku tak nak perempuan yang banyak drama. Kalau kau jumpa yang sesuai, mungkin aku akan fikirkan.” Razif menepuk bahu Qarizh dengan semangat.
“Itu dia, bro! Aku janji, aku akan cari yang paling sesuai untuk kau. Sekali cuba, kau akan faham apa yang aku maksudkan.” Razif ketawa gembira.
❤️TEASER 3:
“So? Macam mana?”
“Macam mana apa?” tanya Haura sambil berkerut melihat wajah Sarah. Tidak faham dengan pertanyaan sahabatnya itu.
“Kau dah fikir masak-masak ke nak jadi sugar baby ni?” tanya Sarah dalam nada yang selamba.
Haura menunduk sambil jari-jemarinya bermain di hujung baju kurungnya.
“Aku… aku tak tahu Sarah. Rasa macam… aku rasa bersalah, rasa berdosa. Kau rasa betul ke keputusan yang aku buat?”
Sarah angkat bahu, tersenyum kecil.
“Kau tanya aku? Haura, keputusan tu semua dekat tangan kau. Kalau kau rasa ragu-ragu kau tengok aku. Rumah besar, mewah. Aku boleh beli apa yang aku nak. Hutang mak ayah aku dekat kampung tu pun aku dapat langsaikan.” Sarah diam sesaat mengambil nafas.
“Kalau kau nak tahu semua benda ni ditanggung oleh sugar daddy aku. Nak harapkan aku? Belum tentu lagi aku dapat merasa duduk apartment mewah ni agaknya. Silap haribulan entah-entah aku merempat dekat bawah jambatan, mengemis.” sambung Sarah sambil ketawa kecil.
Haura diam, sambil menghadam kata-kata Sarah. Beg tangan berjenama milik Sarah yang tersadai di atas sofa dipandang lalu tubuh Sarah yang dibaluti dengan pakaian mewah pula dipandang.
Dia teringatkan semula hutang arwah abahnya di kampung serta keadaan keluarganya yang miskin.
❤️TEASER 4:
“Sarah… aku tak rasa aku boleh buat benda ni,” kata Haura perlahan, suara penuh kegusaran. Tangannya yang mengenggam erat hujung gaun satin itu terasa sejuk.
“Haura, kau kenapa ni? Cuba cakap betul-betul dengan aku.”
Haura memejamkan mata sejenak, cuba mengatur pernafasannya yang semakin tidak menentu.
“Aku takut, Sarah… kalau aku tak cukup baik? Kalau dia tak suka aku?” Suara Haura hampir berbisik, tapi penuh dengan keraguan yang terbuku.
“Hauraku sayang, kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Bukan pasal rupa semata-mata, tapi pasal keyakinan kau. Kalau kau sendiri tak percaya kau mampu, macam mana dia nak percaya?”
Haura membuka matanya semula, memandang refleksi Sarah di cermin. Mata sahabatnya itu penuh dengan keyakinan, seolah-olah cuba menyuntik semangat yang selama ini dia rasa hilang.
“Aku takut Sarah. Aku takut semua ni satu kesilapan yang besar. Kalau mak aku tahu aku buat benda ni, mesti dia kecewa.”
"Kau buat semua ni untuk mereka juga, kan? Untuk bagi kehidupan yang lebih baik untuk keluarga kau. Haura, ini bukan pasal apa yang orang lain fikir, ini pasal apa yang kau nak capai."
❤️TEASER 5:
“Delisha?” sapanya dengan nada tenang, seolah-olah tidak terkesan dengan kehadirannya.
“Ya, tuan,” balas Haura perlahan sambil menundukkan kepala sedikit.
Qarizh mengangguk kecil, tangannya memberi isyarat ke arah kerusi. “Duduk.”
Haura melabuhkan duduknya dengan hati yang bercampur-baur. Walaupun cuba untuk tenang, dia tahu dirinya kelihatan canggung.
“Your name?” soal Qarizh, memecah keheningan.
“Delisha,” jawab Haura, suaranya lembut tetapi masih jelas kegugupan di situ.
“I nak nama penuh,” tegas Qarizh sambil menyandarkan badan ke kerusi, pandangannya menikam tepat ke wajah Haura.
Haura menelan liur. Tangannya di atas riba sedikit meramas gaun satin yang dipakai.
“Cukup panggil saya Delisha saja…”
Kening Qarizh sedikit terangkat.
“I tak suka berurusan dengan orang yang sembunyikan sesuatu. Nama penuh or leave,” kata Qariz
“Haura Delisha binti Ahmad Azman,” katanya perlahan, suara itu hampir seperti bisikan.
"Kenapa buat kerja macam ni?” soalnya lagi, nada suaranya tidak bernada marah, tetapi ada sesuatu di dalam pandangan itu yang membuat Haura rasa kecil.
“Saya... saya terpaksa,”
“Terlalu banyak hutang keluarga saya. Saya... tak ada pilihan lain,” sambung Haura dengan suara yang perlahan, seolah-olah takut dihukum atas kejujurannya.
“I akan selesaikan hutang you.” Suara Qarizh memecahkan keheningan.
“Tapi…”
Qarizh menggantungkan ayatnya. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi dengan tangan bersilang.
“Ada syaratnya,” sambungnya.