Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (APS 0149 / 1998 )) Atau Singkatannya PSSGM KEBANGSAAN atau GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN.
Pertubuhan ini mula didaftarkan pada 22 Oktober 1963 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Johor Bahru, Johor bernombor pendaftaran 361 dikenali dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong.
Pada 27 Mei 2013, Pertubuhan ini telah berpindah pendaftaran semula daripada Akta Pembangunan Sukan 1997 di bawah Kementerian Belia dan Sukan bernombor pendaftaran APS 0149/9TI8 ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Selangor bernombor pendaftaran JPPM PPM-002-10- 27052013 dan dikenali dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.
Matlamat Pertubuhan :
Menghidupkan dan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong dan menyambung kesinambungan Legasi Dato’ Meor Abdul Rahman b. Daeng Uda Md. Hashim, DPCM, sebagai Mahaguru dan Pengasas Silat Seni Gayong.
Info Latihan Mingguan :
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 7 : 45 Malam hingga 10 : 30 Malam