Legasi Pusat Islam (LPI)
Legasi Pusat Islam (LPI) merupakan satu-satunya kelab persatuan Islam di UiTMPG.
MISI & VISI:
-Amar Makruf Nahi Mungkar-
Kelab LPI sentiasa aktif dalam mengadakan pelbagai program seperti aktiviti kerohanian dan meningkatkan jati diri pelajar .Persatuan ini menyediakan bi'ah solehah kepada ahlinya dan membuka peluang kepada mahasiswa untuk menikmati kehidupan Islam yang positif .
Selain itu, kami turut menyediakan pelbagai informasi menarik dan bermanfaat di platform media sosial seperti Telegram, Tiktok, Instagram dan Youtube . Persatuan ini sedang berkembang maju dalam usaha mencapai misi dan visi persatuan . LPI juga banyak menerima tawaran kolaborasi daripada kelab lain seperti MPP UiTMPG dan JPK dalam menjayakan program-program besar di kampus .Walaupun hanya satu kelab kecil , namun pencapaian tahunan kelab ini sangat membanggakan apabila berjaya menjalankan 7 program besar yang melibatkan seluruh mahasiswa dan staff UiTMPG juga masyarakat luar seperti :
Program Malam Cinta Rasul
Jalinan Kasih Permata Hati
Wahana Siswa
Kem Qudwah
PENGASAS & PENASIHAT:
Ustazah Azizah binti Md Kasah
Serta dibantu oleh 6 orang pelajar selaku barisan Majlis Tertinggi dan 5 barisan exco pimpinan selaku pemacu gerakan persatuan.