Jawatankuasa Perwakilan Kolej Pasir Gudang
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Pasir Gudang (JPKPG) merupakan gabungan Jawatankuasa Perwakilan Kolej di Kolej Firdaus dan Kolej Salsabila. JPKPG ditubuhkan pada tahun 2024 yang terdiri daripada 16 orang jawatankuasa, iatitu 8 orang siswa dan 8 orang siswi. Antara tugas JPK adalah menjadi perantara diantara Staff Residen Kolej (SRK) dan juga pelajar.
Antara tujuan penubuhan JPKPG adalah:
Untuk membantu memudahkan urusan unit pengurusan kolej terutama sekali dari segi kebajikan pelajar
Mmembantu pelajar untuk menganjurkan program kolej serta menyediakan kupon merit aktiviti kepada pelajar dalam membantu pelajar untuk memohon kolej bagi semester akan datang.