MECHANICAL ENGINEERING STUDENT SOCIETY (MESS)🔊
💯 Kelab ini ditubuhkan khas untuk pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
💯 Kelab ini juga bertanggungjawab mengadakan aktiviti menarik berkaitan mekanik
MISI
- Menjadi persatuan yang terbaik antara fakulti
- Memberi peluang kepada mahasiswa /mahasiswi untuk mengembangkan potensi diri agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.
VISI
- Memperkenalkan persatuan mahasiswa/mahasiswi tentang tanggungjawab dan peranan dalam persatuan.
- Memberi peluang kepada mahasiswa /mahasiswi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
- Memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menganjurkan aktiviti - aktiviti sukan
- Membantu mahasiswa /mahasiswi kejuruteraan mekanikal dalam pelbagai aspek.
FUNGSI PERSATUAN
• Untuk mengharumkan nama dan menaikkan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA.
• Untuk melaksanakan semua kuasa Persatuan.
• Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar mengikut mana- mana yang berkenaan.
• Untuk menjalankan, melaksanakan da menunaikan mengikut peruntukan- peruntukan Perlembagaan dan Akta Institusi -institusi Pelajaran (Tatatertib 1976),semua kuasa,tugas dan kewajipan yang diberi , diadakan atau ditangguhkan ke atas Persatuan oleh peruntukan-peruntukan itu.
• Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya dari semasa ke semasa.
• Memperkenalkan Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal tentang peranan dan tanggungjawab dalam persatuan.
• Memberi peluang kepada Mahasiswa dan Mahasiswi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.
• Memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menganjurkan aktiviti- aktiviti sukan seperti kejohanan, pertandingan dan kursus.
• Membantu Mahasiswa dan Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal dalam pelbagai aspek.
• Memimpin Mahasiswa dan Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal dalam membentuk jati diri seterusnya menjadi insan yang cemerlang.
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN
Persatuan ikatan mahasiswa dan mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal (MESS) merupakan persatuan dibawah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Pasir Gudang yang kini di bawah pimpinan En. Mat Zaini B. Katon dan Puan Aien Bt. Haris.
Pada pertengahan tahun 2014, MESS telah ditubuhkan di UiTM Pasir Gudang oleh En. Mat Zaini B. Katon dan Pn. Ilya Izyan Bt. Shahrul Azhar. Pada tahun itu juga, atas bantuan besar En. Radzi B. Abdul Rasih, kelab MESS telah Berjaya mendapatkan bilik gerakan MESS itu sendiri.
Awalnya, MESS telah dianggotai oleh 6 orang ahli yang diketuai oleh Amirul Hakimi B. Khairul Fauzi. Idea penubuhan MESS adalah lahir daripada presiden pertama MESS sendiri yang berpindah daripada UiTM Pulau Pinang. Beliau ingin menubuhkan kelab MESS seperti mana yang telah wujud di UiTM Pulau Pinang, iaitu kelab mahasiswa/mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang dinamakan i-mechy. Selepas itu, proses pemilihan ahli MESS telah dilakukan yang diadakan di bilik mesyuarat FKM dan ahli MESS kemudiannya bertambah menjadi 18 orang ahli kesemuanya. Walau bagaimana pun, seorang pelajar yang turut berpindah daripada UiTM Pulau Pinang bernama Harris Rumino turut membantu dalam usaha menubuhkan kelab MESS.
Segala jasa dan pengorbanan pensyarah-pensyarah dan ahli-ahli MESS dalam menjayakan dan menaikkan nama MESS tidak akan dilupakan.