Civil Engineering Club atau CIVEC telah ditubuhkan sebagai kelab akademik atau kelab fakulti yang akan menguruskan hal-hal berkaitan mahasiswa Pengajian Kejuruteraan Awam.Dengan berpegang kepada moto CIVEC iaitu “Together We Build The Civilization” ,CIVEC banyak menganjurkan pelbagai program yang menarik untuk semua pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam sertai. Antara program yang dianjurkan ialah Trust Me I Am An Engineer (TMIAAE) yang berjaya memberi pendedahan awal tentang civil engineering kepada pelajar semester 1. Sejak penubuhan CIVEC ,kami telah mencapai pelbagai anugerah antaranya anugerah Kelab Akademik Terbaik pada Open Day Club Festival (OCLUF).Selain itu, Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) memenangi tempat ketiga pertandingan sepanduk semasa Sambutan Maulidurasul Peringkat Kampus Pasir Gudang 2023/2024. Tidak lupa juga pada dua mantan ahli CIVEC sesi 2018/2019 juga pernah mewakili UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dalam aktiviti sukarelawan di Sarawak dan Laos.
Kini, CIVEC telah diterajui oleh dua penasihat, iaitu Mohd Johan Bin Mohamed Ibrahim dan Ts Saiful Bin Jumali. Mereka berjaya memimpin 45 ahli CIVEC yang terdiri daripada lima orang majlis tertinggi, 19 orang ketua exco dan 21 orang sekretariat yang di ketuai oleh saudara Muhammad Nur Irfan Bin Norizan.
Untuk mengetahui berkaitan CIVEC dengan lebih lanjut,kami juga mempunyai platform media sosial seperti Instagram,Twitter dan Youtube dengan nama pengguna @civecuitmpg dan @civectv sebagai platform untuk menyebarkan maklumat serta memuat naik sebarang aktiviti yang kami kendalikan.