PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2008
BAGI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Pengurusan KMS dibawah pimpinan Tuan Hj Mustapa b Musa telah mengujudkan satu jawatankuasa khas MS ISO KMS pada tahun 2012 selepas dua tahun KMS mula beroperasi. Pn Wan Suriati bte Wan Mustapha telah diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras jawatankuasa ini. Dibawah pimpinan beliau beberapa bengkel, mesyuarat dan taklimat telah dijalankan bagi memulakan proses kerja yang perlu untuk memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008 . Pada Tahun 2013 jawatankuasa ini telah di ketuai pula oleh En Azzizuddin meneruskan usaha dengan lebih gigih dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2008 untuk pelaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Perkhidmatan Pendidikan untuk Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Mukim Jugra, 42700 Banting Selangor pada 29 Disember 2014.
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ini melibatkan empat (4) prosedur utama iaitu Skop 1: Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu, Skop 2: Pengurusan Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran, Skop 3: Pengurusan Peperiksaan dan Skop 4: Pengurusan Aduan dan Kepuasan Pelanggan.
Pihak KMS telah diaudit oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. dan telah dianugerahkan dengan Sijil MS ISO 9001:2008 pada 29 Disember 2014.