Ismidhiya Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra. Syarikat ini dibangunkan oleh seorang anak muda bersama kumpulannya yang sama-sama mempunyai semangat dan keyakinan untuk berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik berkaitan pembinaan rumah kediaman kepada masyarakat luar. Mula beroperasi pada 18 Mei 2016, syarikat ini telah mula beroperasi di di Bandar Putera 2, Klang, Selangor. Pemilihan lokasi ini adalah sejajar dengan pertumbuhan pesat dalam sektor pembinaan dan penghiasan perumahan di Lembah Klang dan negeri yang berdekatan. Kini syarikat ini telah melebarkan sayap ke Negeri lain iaitu Johor dan Melaka.
Aktiviti utama syarikat ini pada peringkat awal ialah untuk memberi fokus terhadap perkhidmatan hiasan dalaman, perkhidmatan kejuruteraan, ubah suai kediaman dan pejabat, kerja-kerja mengecat bangunan. Sehingga kini syarikat ini masih mendapatkan tempahan dan maklum balas yang memuaskan daripada pelanggan.
Strategi jangka panjang syarikat ini ialah untuk turut terlibat secara aktif dalam kerja-kerja mekanikal dan awam. Hal ini termasuklah mendapatkan kontrak-kontrak Kerajaan. Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan pihak kami telah memperolehi kelulusan pendaftaran sebagai kontraktor dengan pihak CIDB dibawah Gred G1 dan kelulusan sebagai pembekal daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Adalah menjadi cita-cita dan iltizam syarikat untuk terus berkembang maju sebagai pembekal dan kontraktor yang berwibawa dalam masa kini seterusnya dan meningkatkan keupayaan untuk menjadi usahawan yang proaktif dan berdaya saing pada masa kini.
Syarikat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menekankan kepada aspek kualiti serta menepati tempoh masa yang ditetapkan. Untuk tujuan tersebut kerja perlu dilaksanakan dengan kerja berpasukan serta pekerja-pekerja yang berkemahiran.
• Memberikan perkhidmatan terbaik pada harga yang kompetetif dipasaran
• Berusaha mendapatkan pelanggan baru termasuk menyertai kontrak Kerajaan disamping mengekalkan pelanggan sedia ada
• Berkembang untuk menjadi sebuat syarikat yang berinovasi dalam mengubah suai rumah kediaman dan hiasan dalaman juga membekalkan barangan yang berkualiti.
• Berkembang untuk menjadi sebuah syarikat yang mampan dan berdaya saing seiring dengan kemajuan keusahawanan dengan teknologi semasa
SERVIS YANG KAMI SEDIAKAN :-
Binaan kediaman
Perabot
Mengecat
Landskap
Kaca dan Aluminium
Besi dan Grill
Bumbung
Lantai