PENGENALAN
Instrumen Keselesaan dan Kepimpinan (i-SELeSA) merupakan ujian yang telah dibangunkan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk memenuhi keperluan pengumpulan profil gaya kepimpinan pentadbir dan keselesaan bekerja warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
TUJUAN
Tujuan pembinaan Instrumen Kepimpinan dan Keselesaan (i-SELeSA) ini bagi keperluan organisasi dan individu iaitu pertama, Profil Kepimpinan Pentadbir iaitu memberikan maklumat gaya kepimpinan pentadbir kepada warga sekolah. Kedua, Profil Keselesaan bekerja iaitu memberikan maklumat keselesaan bekerja warga sekolah, Ketiga ,Pembangunan Organisasi iaitu melalui Instrumen Keselesaan dan Kepimpinan ini, organisasi itu mampu menilai corak kepimpinan dan tahap keselesaan warga sekolah. Justeru dapat melihat kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi. Keempat, Pembentukan Kepimpinan iaitu melalui i-SELeSA ini, boleh melahirkan pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan organisasi dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui tebaran instrumen secara ‘google form’ yang dibangunkan sendiri oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Instrumen ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Keselesaan Bekerja Dalam Organisasi (22 item) dan Kepimpinan Dalam Organisasi (22 item).
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN ITEM
Kesahan instrumen diuji menggunakan Cronbach's Alpha. Berdasarkan hasil analisis data, dapat dilihat bahawa 22 item soalan yang dinilai adalah sah dengan nilai signifikan .973. Ini menunjukkan bahawa i-SELeSA yang telah disusun boleh diaplikasikan di sekolah atau organisasi. Item yang sah menunjukkan bahawa instrumen adalah eksplisit dan berstruktur dengan kandungan yang sistematik, dan diperuntukkan pada masa yang tepat, dan terdapat padanan antara (Pembolehubah X) yang dipilih mengikut (Pembolehubah Y) untuk dicapai. Keputusan kesahan ini juga bermakna komponen instrumen adalah berkualiti tinggi, jadi ia boleh digunakan. Mengenai kebolehpercayaan instrumen, penulis menggunakan ujian korelasi Pearson. 22 item yang dinilai telah dimasukkan dalam kumpulan boleh dipercayai dengan varians 294.112. Ia juga menunjukkan bahawa instrumen yang dirancang adalah boleh dipercayai dalam kajian ini.