Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTMK) adalah satu unit dimana ia bertanggungjawab dalam Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang melibatkan pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT, bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT agar tahap penggunaan instrument teknologi maklumat dapat dicapai secara optimum. Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat dan sentiasa berubah, unit ini sentiasa berusaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat berbantukan fasiliti ICT yang terkini.