Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Mengamalkan Toleransi Sifar Terhadap Segala Bentuk Kegiatan Yang Berkaitan Dengan Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa dan Penyelewengan
Pelaksanaan Integriti di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif serta tindakan berdasarkan 6 fungsi utama iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Aduan, Pengukuhan Integriti, Pematuhan, Pengesanan dan Pengesahan serta Tatatertib secara yang lebih terancang, fokus, efisien dan optimum. Unit Integriti adalah bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua MPHTJ selaku Ketua Jabatan sebagaimana takrifan dalam pekeliling ini.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggariskan enam (6) fungsi Unit Integriti agensi awam seperti berikut:
Tadbir Urus
Pengukuhan Integriti
Pengurusan Aduan
Pengesanan dan Pengesahan
Pematuhan
Tatatertib
Mewujudkan organisasi dan warga MPHTJ yang cemerlang berteraskan Integriti
Memperkukuhkan Integriti warga MPHTJ melalui pematuhan kepada peraturan dan undang-undang berkuatkuasa, pembudayaan nilai-nilai murni dan pengamalan budaya kerja unggul
Menjadikan tadbir urus organisasi MPHTJ berintegriti dan beretika dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berakauntabiliti
SASARAN UTAMA INTEGRITI MPHTJ
Memastikan warga kerja MPHTJ sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
Meningkatkan, memperkukuhkan dan seterusnya membudayakan integriti dalam perkhidmatan dan keputusan.
Mengenal pasti ruang dan peluang yang berisiko tinggi terhadap keruntuhan integriti dan mengambil tindakan pembetulan dan pemulihan dengan segera dari semasa ke semasa.
Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang mantap di kalangan warga MPHTJ dalam melaksanakan tugas.