FEEL FREE TO VISIT MY FACEBOOK PAGE
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau singkatannya BKPKK, merupakan bayaran yang diberikan kepada pelajar program sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Kadar bantuan kewangan yang diberikan ialah RM7,200.00 dan dibayar mengikut program dan tempoh pengajian dan tertakluk pada syarat-syarat tertentu.
1. Untuk meringankan beban perbelanjaan memasuki institusi seperti kolej komuniti
2. Untuk membiayai keperluan bayaran semasa pelajar memasuki dan belajar dikolej
3. Untuk membolehkan pelajar belajar dengan lebih selesa dan berfokus
Warganegara Malaysia
Mengikuti pengajian di peringkat Sijil di Kolej Komuniti
Ibubapa/penjaga sah berpendapatan kasar bulanan RM 5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
Pelajar berstatus aktif dengan keputusan HPNM (CGPA) 2.00 ke atas pada semester berikutnya
(akan dihentikan pembayaran pada semester 2 & 3 sekiranya tidak mencapai syarat minimum HPNM tersebut)