PENGENALAN

PENGENALAN


Sejak penggunaan telefon pintar mula digunakan sebagai alat bantu pembelajaran interaktif oleh murid-murid, terdapat banyak pembinaan aplikasi inovasi pembelajaran dan buku-buku digital dihasilkan. Hal ini demikian kerana, penghasilan aplikasi terkini mendapat permintaan yang tinggi daripada sasaran pengguna secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembinaan aplikasi yang pesat. Lantaran itu, kami mencadangkan sebuah inovasi untuk dibangunkan iaitu inovasi SiBaPe ialah Simpulan Bahasa-Peribahasa. Nama ini dicetuskan setelah berbincang mengenai intipati inovasi yang amat bersesuaian dengan tajuk inovasi. Inovasi SiBaPe merupakan sebuah inovasi digital yang menggunakan gabungan beberapa aplikasi yang disediakan kemudahan akses di satu platform menggunakan telefon pintar untuk mengakses maklumat makna Simpulan Bahasa dan Peribahasa. Konsep inovasi ini juga menggunakan pencarian kamus berdasarkan nilai-nilai murni dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana, mengakses kamus peribahasa berdasarkan nilai-nilai murni adalah lebih berkesan kepada pengaplikasian murid dalam membuat pencarian sebelum menulis karangan atau menjawab soalan yang bersesuaian. Tidak dilupa, konsep latih tubi dan penilaian juga akan diberikan penekanan dalam platform yang sama. Kesemua konten akan dipersembahkan dalam satu platform yang menggunakan M-Pembelajaran iaitu belajar menerusi aplikasi di telefon pintar.