PEPERIKSAAN AKHIR khas
sesi i : 2022/2023
Kategori pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Khas:
Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta;
Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa; atau
Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah PKS dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur; atau
Atlit sukan yang sedang mewakili negeri atau negara.
Dokumen berkaitan perlu disertakan sebagai bukti bagi menyokong permohonan
PERINGATAN:
Sekiranya pelajar mengalami kes-kes di atas sebelum atau semasa peperiksaan berlangsung, pelajar perlu :
Memaklumkan kepada Penasihat Akademik.
Menyimpan segala bukti yang berkaitan seperti gambar, resit, laporan dan sebagainya.
BORANG PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR KHAS
Sila baca prosedur permohonan Peperiksaan Akhir Khas sebelum mengisi borang