SOALAN LAZIM BERKAITAN KAMSIS
Apakah barangan yang dibenarkan bawa ke kamsis ?
Barangan keperluan peribadi tidak termasuk barangan elektrik yang perlu mendapat kebenaran ataupun didaftarkan.
Apakah barangan yang tidak dibenarkan bawa ke kamsis?
Barangan larangan seperti perkakas elektrik, rokok, vape, binatang peliharaan, skuter elektrik. Pelajar dinasihatkan membawa dahulu barangan keperluan asas. Selebihnya boleh dirujuk semasa minggu transformasi siswa.
Pelajar perlu pulang ke kamsis pukul berapa sekiranya hari minggu & hari biasa?
Isnin hingga Jumaat (Sebelum 9.00 malam)
Sabtu dan Ahad (Sebelum 11.00 malam)
Bagaimanakah cara untuk memohon keluar dari politeknik selepas jam 7 malam?
Permohonan adalah melalui sistem i Kamsis, SPMP sebelum 5 petang.Pelajar perlu menghubungi dahulu Ketua Unit Pengurusan Kediaman Pelajar/ Ketua Felo/Penolong Pengurus Kolej Kediaman bagi perbincangan kelulusan.
Sekiranya berlaku kecemasan , pelajar perlu menghubungi siapa?
Hari Bekerja di Waktu Pejabat: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Kolej Kediaman, Penasihat Akademik.
Hari Bekerja luar Waktu Pejabat dan hari cuti: Felo bertugas. (Rujuk site info kolej) https://linktr.ee/infokolej
Bagaimanakah pelajar ingin membuat aduan sekiranya berlaku sebarang kerosakan ?
Rujuk site info kolej https://linktr.ee/infokolej
Berapakah yuran asrama pada setiap semester ?
RM60 per semester
Bagaimanakah cara untuk menghubungi felo bertugas ?
Felo bertugas. (Rujuk site info kolej) https://linktr.ee/infokolej
Adakah pelajar dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan kamsis?
Tidak dibenarkan secara umumnya. Permohonan masuk sementara atau seumpamanya adalah melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Waktu Pejabat, hari bekerja.
Apakah kelengkapan yang yang disediakan di kamsis ?
Rujuk site info kolej https://linktr.ee/infokolej
Dimanakah pelajar boleh membeli barang keperluan harian?
Koperasi Politeknik dan Kawasan pekan berdekatan.
Apakah rawatan yang akan diberikan sekiranya pelajar sakit di kamsis?
Rawatan ringan oleh Pembantu Perubatan Politeknik ataupun kes dirujuk ke Klinik Kesihatan berdekatan.Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan diwaktu bekerja. Hospital terdekat adalah 25km sehala jika kes dirujuk selepas waktu bekerja.
Kafe kamsis beroperasi pukul berapa hingga pukul berapa?
Bermula 8.00 pagi sehingga 10.30 malam. (Tertakluk kepada perubahan)
Adakah pelajar boleh memilih ahli dalam satu bilik tersebut?
Tidak, pemilihan adalah secara rawak melalui sistem i kamsis. (Pengasingan jantina serta muslim dan bukan muslim sahaja).
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kamsis pada sesi akan datang?
Pelajar perlu memohon dan keutamaannya ialah pelajar perlu aktif mengikuti aktiviti/program yang diwajibkan serta tidak mempunyai rekod disiplin.